Broadband Tidak Dibayar

Broadband Tidak Dibayar

broadband
Mulai bulan April ini aku sengaja tak mahu bayar bil broadband Maxis yang laju ini..hehehhe. Kerana aku hendak mengurangkan ketagihan berblogginng yang semakin teruk.
Bayangkan kalau di pejabat aku kadangkala menggunakan masa sekurang-kurangnya 1 - 2 jam untuk berinternet. Pada masa itu aku schedule post  entri-entri aku untuk esok hari. Biasanya dalam sehari aku schedule post 5 entri dimana  4 entri dari paper online aku copy /paste dan 1 entri aku yang buat. Macam sekarang ini lerr...

Bila balik rumah, lepas kerja aku lepak jap dan mula blogwalking atau membaca semua entri-entri dari rakan-rakan blogger. Ambil masa dalam 3 jam juga sehari. Cuma kadang-kadang bila broadband slow giler aku lepak-lapak ler tapi kejap-kejap aku check line broadband aku.

Cuma aku rasa macam bersalah ajer pada wife aku lak...kadang-kadang ia membebel kat aku ..asik-asik mengadap komputer.
Perempuan kalau membebel biasalah....tak ada noktah..kekekekeke.
Biasanya membebel pasal aku malas nak mop rumah ler...tolong basuh-basuh baju...tak ler serius sangat...

So aku pun ambil keputusan yang agak realistik, iaitu aku tak nak main internet kat rumah. So pada 11.04.2012 secara rasminya broadband aku connected failed!!!
Aku rancang kalau nak main internet pun pada hari Sabtu dan Ahad kot, untuk aku blogwalking semua rakan-rakan blogger. Total masa blogwalking 4 jam OK kot.

Lagipun Google akan check pagerank hujung bulan June, so kalau bulan ini aku agak slow berblogging. Maka dalam bulan May aku boleh boost up aktiviti blogging aku. Untuk pengetahuan, aku memang teringin nak PR2 tahun ini...hehehehehe.
Pada hari-hari yang biasa aku tetap boleh blogwalking ke rakan-rakan blogger di shoutbox dan comment box yang mana tahap aku termampu. Tapi tak semua lerrr...
Itu plan asal aku...

So boleh ler aku luangkan masa beristirehat dengan puas (kononnya aku tak rehat secukupnya ler..) dan mungkin boleh buat isteri aku tersenyum kerana melihat suaminya lepak-lepak tengok TV.

Tapi sejak minggu ini aku tak berinternet, mak oiiii!!!! tuhan ajer yang tahu betapa bosannya hidup ini. Aku siap beli DVD lagi nak hilangkan kebosanan malam hari..hahahhahaha. Semalam aku beli DVD Wrestlemania.... Triple H lawan Undertaker, berdarah-darah dia lawan siap pakai penukul dengan kerusi . Dahsyat.!!!!

Semalam gak bini aku tanya "Bang tak bayar duit internet ker" setelah cuba onkan internet connection yang gagal.
Aku dengan muka selamba jawab " Emmmm!!!" sambil menonton Wrestling di kaca TV
"Kenapa tak bayar" isteriku bertanya lagi.
Aku jawab " Sajer jer tak nak bayar, bulan ini nak lepak jap. Malas nak main internet"
Aku jawab lagi " Lin kan ( nama isteri aku Linda) selalu bising abang asik main internet ajer, so bulan ini bila balik rumah tak nak main internet dan tiada blogging!!!" dengan semangat aku bercakap.
Bini aku buat muka terperanjat "Bila lak Lin marah, yang Lin marah kalau abang buat sesuatu yang tak berfaedah. Sekarang kan aktiviti blogger abang dah mendatangkan pendapatan. OK ler tu"Aku lak buat muka terperanjat dan aku menjawab " Ingatkan Lin marah kat abang selalu buka blog.."
Bini aku tersenyum "Tak der lah....sekarang ni Lin nak tengok Penulisan Novel online dah tak boleh" Iskk!! kacau betul orang rumah aku ni...kesimpulannya aku masih belum faham tentang isteri aku ini walau dah 10 tahun genap ( 19.04.2012) kami berkahwin.Dan juga pompuan kalau dengar tentang duit memang hidup.....kekekkee
Walau apa pun maaf yek..aku akan teruskan Say No To Broadband kat rumah aku sampai bulan depan sebab budget bayar bil internet tu aku dah habiskan...hahahahhaha.
Kalau hang jenguk Alexa Rank aku pun dah lebih 300K...emmmmm.Sedih bangat doh!!!

Catat Ulasan

8 Ulasan

Unknown berkata…
hehhehe.. no komen, is pun nak kena berhentikan strymx kat umah tu jugakla wat sementara waktu.. kualiti time kat umah tu penting sebenaqnya (^___^)
liyanazahirah berkata…
aiyoo..sempat ke ? rajinnyer..saye nak post 1 entry sehari pon x sempat..haha good job :)
Unknown berkata…
hehe.. internet ni melalaikan.. hehe
Cik mama berkata…
Bagus Hanif.. cik mama sokong..Family first. klu cik mama lak hubby duk leka main game.. satu ari t nak delete gak game tu kat hp dia.. huhuhuhuhu
miloaiskurangmanis berkata…
good move be!

iols kalo balik umah sokmo tak OL - my kids yg konker pc semua tu.....
jahajahatable berkata…
hoho... bagus gak idea tu...bukan ape, kadang2 kita perlu jugak rehat sekejap dari blogging...
beckhrooy berkata…
klau x bayar bil msh aktif kan ?
Unknown berkata…
bagus2. say no to broadband. sekali sekala, tingalkan tak salah (: