Lelaki hodoh mahu jadi model iklan

Lelaki hodoh mahu jadi model iklan

hodoh

Pemenang wajah terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.

William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.

“Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.

Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.

“Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.

Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional

Catat Ulasan

9 Ulasan

rozssa berkata…
kesian nya dia..:) ..smoga hidupnya sentiasa d kurniakn rezeki berlimpah kali ganda.amen
Unknown berkata…
Hanif ada lagi tak kekosongan tuk pencarian model huduh he he he aku nak join boleh?? ^^
Unknown berkata…
hahaha mungkin tu bakat yg dia ada kita tak nampak tak.. hehe
Tanpa Nama berkata…
rezki masing2lah ... ada juga pencarian model hudoh ye mcm2 dunia ni
Tanpa Nama berkata…
hodoh itu unik......tetap rasa bangga dengan apa yang dimiliki.... William Masvinu the best of glory.....haha...
Kekzamanis berkata…
Tak tau pulak ada pertandingan cani.. Ape pon, semua ciptaan-NYA cantik & indah2 belaka.. I'm proud to be me! Eh, tetibe plak.. Ahaks! ;)
rAIHan berkata…
masing2 ada kelebihan. manusia adalah sebaik2 kejadian. =)
Unknown berkata…
mcm2 pertndingan pelik ada..
semua makhluk ciptaan Allah adalah cntik2 belaka.... =)
Tanpa Nama berkata…
Ciannya dia..mudah2an rezeki dia brtmbah la lepas nie..mcm2 ja skg nie..muka hodoh pun mau dprtndingkan.