Dipaksa Minum Asid Oleh Along

Dipaksa Minum Asid Oleh Along

asid
Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.

Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

“Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan,” katanya.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
kesian kat dia.. jgnla berhutang ngan along.. huhu
Tanpa Nama berkata…
kkadang takut bila baca kes2 along mcm ni . semakin hari mkn menjadi2
Korn Ahmad berkata…
err... minum asid? gilosss along skrg.. yg meminjam dengan along pon giloss
Unknown berkata…
yaALLAH... huhu
Unknown berkata…
ngok betul along ni..