In i adalah kisah basi tapiaku nak cakap jugak dan nak ucapkan tahniah jugak pada beliau.
Semua orang dalam Olimpik kejar Azizul ....kejar LCW tapi Pandela semua tak pandang sebab dijangkan akan kecundang tapi akhirnya bawa pulang pingat gangsa dalam berenang.!!
Malaysia memang dah jangka pemburuan pingat dah tamat selepas Azizul kalah....
Tahniah buat beliau... I love u Pandelela!!!
Jom baca berita basi kat bawah ini...
PENERJUN negara Pandelela Rinong yang memperoleh pingat gangsa dalam acara 10m platform wanita di London semalam mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama negara mengutip pingat pada Sukan Olimpik.
Dengan kejayaan itu, negara mengulangi pencapaian satu perak dan satu gangsa di Sukan Olimpik Atlanta.
Atlet itu mencipta sejarah kira-kira jam 3 pagi tadi dan menyambut hari Jumaat dengan berita gembira.
Kejayaan itu menerima ucapan tahniah, yang mencurah-curah menerusi Twitter dan laman sosial Facebook.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, beliau berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.
Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.
Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.
"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya.
Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata, beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China.
"Sebelum sesi latihan di China, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik.
"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidur dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidurnya," katanya
1 Ulasan