HanifIdrus: Nuffnang Buat Hal Dengan Aku

HanifIdrus: Nuffnang Buat Hal Dengan Aku

Memang aku tengah marah ini pasal Nuffnang buat  hal dengan aku.
Bukan pasal pendapatan dari Nuffnang tapi status aku secara tiba-tiba telah di Non-Gillerati kan.
Semenjak Nuffnang ubah suai atau omputih panggil upgrade website dia. Time tu ler status aku sebagai nuffnanger telah terbatal!!!Aku pun tak tahu kenapa berlaku perkara ini, mungkin ada sedikit error semasa perubahan website Nuffnang yang baru ini,

Bila status Non-Gillerati ada bermakna kau nak dapat Buffing Earning adalah amat mustahil !!!
Malah diskaun-diskaun tambahan pendapatan juga akan berkurangan.
Mengikut undang-undang Nufnang mana-mana blog yang berkisar tentang politik atau menggunakan iklan dari advertise lain akan dibatalkan status Gileratinya.
Tapi setahu aku, aku tak melanggar sebarang syarat yang ditentukan oleh Nuffnang.
Mungkin aku ada buat entri  pasal Logo Kemerdekaan yang Nuffnang kategorikan sebagai politik.
Kalau itu yang Nuffnang katakan politik maka cetek bebenor ler Nuffnang ini...hehehehee.

Dan juga aku dengar mana-mana tuan punya blog klik iklannya sendiri pun kemungkinan akan hilang status Gilleratinya.
Tetapi persoalannya semasa kita sedang syok layan blog kita tiba-tiba Nuffnang tunjukkan iklan baru takkan kita tak nak klik iklan tu..?

Aku memang tengah panas ini, aku nak tahu apa sebabnya status aku di keluarkan?
Dalam minggu ini kesedihan berganda aku dapat dalam dunia blogging ini.
Pertama pagerank tak naik-naik dan kedua Nuffnang lak buang status Gillerati aku ini....

Mungkin ini semua dugaan bulan puasa kot...hahahahhaha.
Inilah dunia blogging, apa jua boleh terjadi.

By the way, aku dah hantar tiket kat Nuffnang minta kembalikan status Gillerati aku dan akan improve apa yang Nuffnang perlukan nanti.
Tapi aku suka design terbaru Nuffnang ini, lebih simple dan mesra pengguna.
Masa yang diperlukan untuk memahami design baru ini tak lama, sekilas pandang dah faham apa nak buat.
Good job Nuffnang!!
Good ,,,good jugak tapi tolong tengokkan status Gillerati aku  ini hah......hehehehhehe

Post a Comment

26 Comments

Pecinta pink^^ said…
aduh..mcm2 hal..saba2 eh..msti dpt blik status tuh:)
THE AUTHOR said…
tak marah pun..heheheh
biasalah nuffnang kadang2 buat macam ni..
AisNy said…
huhuhuhuh... entry bodek yer... :D
hopefully dapat baliklah status glitterai tu... yup, nuffnang berwajah baru ni lg lawa and lebih simple
dayteenlea said…
xleh nak login
dah reset pasword berpuluh kali takleh masuk lagi ni


aduiii
dah anta emel
tunggu...
Aimacomel said…
errk, xtau nak kata pe..
♥nyeto89♥ said…
saya pun dh kehilangan status gliterrati jugak check smlm. dah hntar ticket tp diorg x reply lg..haha..mmg cuak gile ah
OKje said…
Pandai marah jugak Hanif Idrus ni ek...... ni mest lapo ni...ke tak sahur pagi tadi ...he...he...
THE AUTHOR said…
Ramai juga yang hilang status rupanya..
Paling teruk password tak ler masuk..pehhh!!!
Ini memang salah software nuffnang ni...hehehehehe

Membodek adalah requirment utama dalam nuffnang...kalau dapat BE wajib buat entri dan hantau tiket..tanda bodek dan terima aksih...
Cik mama said…
sampai skg masih kurang nak paham pasal nufnang ni, pasai BE ni, pasai tiket ni.. huhuhu kna take time tuk ambik tahu pasal ni..
haryati said…
sabor, sabor.....cer tanya kat nuffnang tu, pasal pe jd camtu...
Unknown said…
is lama xmenjenguk nuffnang (^___^)
Misterie87 said…
Hahaha..dah lama ceraikan nuff ni sebab income ciput + susah nak up..hu3
rAIHan said…
lah mcm mana bole jdi gitu..sabar k..hope nuff setel kan cepat masalah tuh.
tirahzairi said…
jom la kalo nk exchange link bloglist...nnt tirah update...tgk la dkt list tue...
Unknown said…
sabar hanif..
sabar..
insyaAllah ada hikmah tu.. :)
nursuriani said…
saya dah lama dapat status tuh. huhuhuhu tetiba jer betukar huhuhu
Hans Hanis said…
email nuffnang tanya sebab apa kena tarik :-)
amranaiman said…
dugaan bulan pose tu :)
Leeza Dayasari said…
tak pernah dpt BE pun... hihokkk
Anonymous said…
sy ahli biasa jew :D huhu..sabao ja lar...dugaann....saya doakan smoga awk akan mdapatkn smula hak awk tu :D.. good luck!
arituarini said…
nuffnang ni aku tk ambik kisah
Cikrosecute said…
Sabar jerlah...wah...blog pun design baru nampak...
wantie said…
saya pun tak de BE sejak nuff buat web baru tu.

non glitteri jugak . walaupun sebelum ni glitteri.