Memang aku tengah marah ini pasal Nuffnang buat hal dengan aku.
Bukan pasal pendapatan dari Nuffnang tapi status aku secara tiba-tiba telah di Non-Gillerati kan.
Semenjak Nuffnang ubah suai atau omputih panggil upgrade website dia. Time tu ler status aku sebagai nuffnanger telah terbatal!!!Aku pun tak tahu kenapa berlaku perkara ini, mungkin ada sedikit error semasa perubahan website Nuffnang yang baru ini,
Bila status Non-Gillerati ada bermakna kau nak dapat Buffing Earning adalah amat mustahil !!!
Malah diskaun-diskaun tambahan pendapatan juga akan berkurangan.
Mengikut undang-undang Nufnang mana-mana blog yang berkisar tentang politik atau menggunakan iklan dari advertise lain akan dibatalkan status Gileratinya.
Tapi setahu aku, aku tak melanggar sebarang syarat yang ditentukan oleh Nuffnang.
Mungkin aku ada buat entri pasal Logo Kemerdekaan yang Nuffnang kategorikan sebagai politik.
Kalau itu yang Nuffnang katakan politik maka cetek bebenor ler Nuffnang ini...hehehehee.
Dan juga aku dengar mana-mana tuan punya blog klik iklannya sendiri pun kemungkinan akan hilang status Gilleratinya.
Tetapi persoalannya semasa kita sedang syok layan blog kita tiba-tiba Nuffnang tunjukkan iklan baru takkan kita tak nak klik iklan tu..?
Aku memang tengah panas ini, aku nak tahu apa sebabnya status aku di keluarkan?
Dalam minggu ini kesedihan berganda aku dapat dalam dunia blogging ini.
Pertama pagerank tak naik-naik dan kedua Nuffnang lak buang status Gillerati aku ini....
Mungkin ini semua dugaan bulan puasa kot...hahahahhaha.
Inilah dunia blogging, apa jua boleh terjadi.
By the way, aku dah hantar tiket kat Nuffnang minta kembalikan status Gillerati aku dan akan improve apa yang Nuffnang perlukan nanti.
Tapi aku suka design terbaru Nuffnang ini, lebih simple dan mesra pengguna.
Masa yang diperlukan untuk memahami design baru ini tak lama, sekilas pandang dah faham apa nak buat.
Good job Nuffnang!!
Good ,,,good jugak tapi tolong tengokkan status Gillerati aku ini hah......hehehehhehe
26 Ulasan
biasalah nuffnang kadang2 buat macam ni..
dah reset pasword berpuluh kali takleh masuk lagi ni
aduiii
dah anta emel
tunggu...
Paling teruk password tak ler masuk..pehhh!!!
Ini memang salah software nuffnang ni...hehehehehe
Membodek adalah requirment utama dalam nuffnang...kalau dapat BE wajib buat entri dan hantau tiket..tanda bodek dan terima aksih...
sabar..
insyaAllah ada hikmah tu.. :)
non glitteri jugak . walaupun sebelum ni glitteri.