Lelaki bakar seluar dalam demi isteri

Lelaki bakar seluar dalam demi isteri

hanifidrus
Inilah lelaki...memang setia pada seorang wanita. Kalau di akat apompuan tu adalah buah hatinya, itulah sampai ke akhir hayat. Tapi aku hairan kenapa , kalau yang main kayu tiga,garang semuanya lelaki.
Zaman sekarang ini lelaki yang paling setia....hehehehhehe
Bacalah berita kesetiaan lelaki ini..aku kagum!!!!!!!!!!!!

Seorang lelaki yang kesunyian membakar seluar dalam isteri yang telah berpisah dengannya, dalam satu upacara pelik untuk mendapatkan kembali isterinya, ditahan di Tanah Abang, Jawa Tengah.
Muhammad Ridwan, 38, ditahan kelmarin kerana meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya selepas jiran terlihat api di biliknya.
Mereka kemudian memukulnya sehingga lebam kerana mengesyaki dia mahu membakar bangunan tempat tinggal mereka.

Ridwan memberitahu polis, jirannya marah dan tidak percaya apabila dia memberitahu mereka dia hanya melakukan upacara mistik untuk mendapatkan kembali isterinya.


Komander Unit Detektif Tanah Abang, Komisioner Widarto berkata, “Dia percaya isterinya, yang keluar rumah selepas mereka bergaduh akan kembali kepadanya sekiranya dia membakar seluar dalam isterinya itu dan menyapu abunya di badan.”

Widarto berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.30 malam apabila seorang jiran, Yunita, melihat Ridwan membakar pakaian.

Dalam keadaan panik, dia terus mengambil sebotol minyak tanah yang disangka air mineral dan menuangkannya ke api.

“Apabila api itu marak, seorang lagi jiran yang panik menjerit mengatakan Ridwan membakar rumah itu,” kata Widarto.

Penduduk di Jakarta sangat berhati-hati dengan kebakaran yang selalunya memusnahkan beratus-ratus rumah dalam musim panas yang panjang.

Kebakaran menjadi isu panas dalam kempen pilihan raya gabenor dan ada di antara mereka menyalahkan penyokong calon yang kalah dalam pusingan pertama undi yang diadakan Julai lalu.

Catat Ulasan

12 Ulasan

Nour Adieb berkata…
Kesian gak,kena pukul sampai lebam...tapi memang salah lelaki tu gak,bakar x ingt dunia
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
Alahai..siannye..sampai macam tu sekali..setianye..
Miss Purple Ungu berkata…
x pasal2 je kena pukul huhu :(
Tanpa Nama berkata…
mcmlah manusia ni
Unknown berkata…
bakar spender...... cian kat dia...
dah kemaruk sangat ler tu......

tapi pi bakar kat tepi sungai ker kan boleh.....
diari farisha berkata…
haha! macam bukan setia je tapi dah kemaruk :) lame x jmpe bini..hihi
Mrs Velentine berkata…
folow sini..salam kenal
Unknown berkata…
ish..ish....smakin pelik2 skang nih
Unknown berkata…
setia sampai jadi mereng kot..

Terjah sini ==>> Premium Beautiful Kena Saman
Tanpa Nama berkata…
kesian juga pada die. sampai lebam2
shahdiana berkata…
ada pulak upacara macam tu ye...nasihat untuk para isteri..jangan sesekali tinggal seluar dalam bila berpisah...hahahaha