Salam satu blogger. Tajuk kali ini tentang judi yang semakin berleluasa. Iaitu mesin judi dahulunya dikenali mesin kuda.
Kali ini tentang tajuk entri yang pernah aku buat dulu iaitu Mesin Kuda. Dan malangnya setelah sekian lama berkubur ianya muncul kembali tapi kali ini dengan kegilaan Mesin Judi Monyet dan Mesin Judi Rolex.
Dan melalui risikan aku pertumbuhan mesin-mesin judi di Melaka tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Dan rakan-rakan pembaca tentu tertanya mungkin Hanif main mesin judi ini kot. Sebenarnya aku tak main tapi aku punyai rakan-rakan yang main. Ini ceritanya...
Tempoh hari rakan aku datang ke rumah,
Aku berkata " Wah!! lama kau menghilang tak nampak bulu hidung"
Rakan aku berkata " Aku sekarang busy!!!"
Aku bertanya lagi " Apa yang kau busykan"
Rakan aku dengan bangganya berkata " Aku sekarang main mesin judi bro"
Aku diamkan diri sahaja mendengar katanya, kerana 3 minggu lalu dia ada ajak aku main mesin judi. Aku tak mahu ikut. Dia kata kita "charge" kepala sekali-sekala tapi aku malas nak ikut.
Rakan aku berkata lagi" Kau tahu tak dalam masa sebulan ini aku menang dah dekat RM2000".
Aku jawab " Terer kau main"
Dia jawab lagi " Tak susah main Nip, kau kena baca ajer dan guna modal yang besar gak... Kalau kau kalah RM300 kau main lagi. Konpem kau menang punya."
Sambil hisap rokok sebatang dia terangkan kat aku bagaimana dia main mesin judi monyet dia dengan istilah helang dan fire monkey dia. Aku diam dan anggukkan kepala..hehehe
Dia berkata lagi " Jom Nip, ikut aku malam ni. Kali ini tokey tu kata dia buka 24 jam. Jom lah.. Bawa RM50 ajer suka-suka."
Aku jawab "Malaslah, lain kali aku ikut kau"
Semasa nak balik dia ingatkan aku , minggu depan kalau nak ikut telepon dia. Aku anggukkan kepala aku...hihihihi
Apa yang dapat kita pelajari dalam hal ini?
Pertama aku sepatutnya tegur dia kan!! Mengikut pengalaman aku ada 2 jenis manusia yang tak boleh tegur walau pun salah iaitu manusia yang bercinta dan manusia yang main judi. Kau cakaplah apa pun, memang tak jalan punya.. Tah-tah kau yang busuk nanti.
Kedua ialah dari suka-suka nak main judi 3 minggu lalu kini dah jadi penghuni tetap mesin judi tu. Kerana kau dah menang kan. Kesimpulannya benda yang tak baik jangan dicuba, kalau dah terpengaruh habislah.!!
Ketiga, ialah pengaruh rakan. Rakan sekeliling kita membentuk kita menjadi baik atau jahat. Macam sekarang ini rakan aku ini dah mula membebankan aku. Aku terpaksa jauhkan diri buat sementara hingga datang kesedaran dia nanti. Mengikut pengalaman aku betapa baik pun kau, kalau kau bergaul dengan rakan yang kurang sihat AKU JAMIN, pasti kau pun akan terpengaruh satu hari nanti...
Aku ingat dah tak lalui/dengar benda-benda macam ini lagi, rupanya ada juga member aku yang dah lewat umur ini masih nak mencuba lagi benda sebegini...hemmmm.
Dah lah bro, kita bukan remaja belasan tahun lagi yang dulu kita hendak mencuba semua perkara. Kita dah tua bro, cukup-cukup ler.

17 Ulasan
Apa pun, kalau mampu, nasihat, kalau tak mampu jugak benci dalam hati pun dah cukup....kita doakan semoga dia sedar nanti ek!!!

Regards,
-Strider-
tu la, dah berumur sudah sudah le. kalau yg tua tunjuk teladan yg mcm ni. generasi muda apalah lagi..
Bagus... suka sangat sebab kamu tak ikut jejak langkahnya. ingat anak isteri yob! ups... ingat Allah.