Salam satu blogger, hari ini mendapat satu pertanyaan yang agak menarik
dari rakan blogger yang menjalankan perniagaan blogshop dibidang yang
sama tetapi rakannya lebih banyak preview dan demand order yang lebih
tinggi. Saya tidak begitu handal dalam menilai kenapa dia lagi baik
kerana ianya sesuatu yang subjektif terutama melibatkan bidang
perniagaan. Bagi saya asas perniagaan adalah usaha dan sedia
mengorbankan masa dan buang rasa malu. Itulah pengalaman saya bila
menceburi bidang perniagaan ini.
Dalam hal ini saya melihat dari segi SEOnya dan juga impak background
dan isinya kepada pembaca. Saya tidak akan membicara tentang strategi
perniagaan anda. Selain itu saya anggap produk yang anda jual adalah produk makanan kesihatan sebagai amnya.
Kalau anda jual mainan kanak-kanak atau pakaian kanak-kanak sudah semestinya berlainan blognya kan?
Back Ground/ Templates
Dalam dunia blogshop yang paling penting ialah visual, kekemasan dan
kecantikan. Jika hiasan dalaman yang cantik dan sedap mata memandang
sudah tentu blogshop itu akan menjadi pilihan.
Pertama, adakah blogshop anda menampilkan produk yang ingin jualkan.
Adakah jika pembaca pergi ke blog anda sekilas pandang sudah tahu anda
menjual produk tersebut.
Mengikut pakar-pakar blogger, di dalam blog sebenarnya terdapat kawasan yang dipanggil "hotspot"
iaitu psikologi mata manusia yang mesti pandang ke arah tersebut.
Biasanya ia terletak disebelah atas kiri blog anda atau hampir tengah
di bawah header.
Kedua warna kedai blogshop jangan menggunakan warna-warna kusam, jika jual produk kesihatan gunakan warna-warna ceria.
Jangan gunakan warna hitam atau pink girl anda. Ia harus menampakkan anda seorang yang profesional.
Ketiga kurangkan doodle, ini khas untuk blogger wanita yang menceburi
bidang blogshop ini. Doodle ini hanya untuk blog peribadi dan kalau
hendak sangat letakkan satu sahaja..hehehehhee.
Satu contoh yang tidak sesuai ialah shoutbox yang meletakkan gambar
doodle dan kemudian pembaca kena klik. Ianya mengambil ruang dan tak
sesuai dengan blogshop anda.
Header pula janganlah terlalu besar. Tidak menjadi masalah jika nama
blog URL anda Faez atau Siti atau Supermummy tetapi buatlah header
yang kemas. Nak buat header pakai apikasi yang canggih sikit, janganlah
pakai aplikasi"Paint" kat Window tu buat header..hehehehe. Atau kalau
anda macam saya, skill kurang baik minta rakan-rakan blogger buatkan
dan bayarlah upahnya.
Header untuk blogshop merupakan air muka anda sebenarnya.
Blogshop ini tak semestinya header mesti kena letakkan produk anda,
letak nama anda pun boleh tapi yang penting kemas dan cantik dan
profesional ...
Entri
Dalam kedai blogshop motto utama biarlah gambar berbicara. Kurangkan menulis dan letakkan gambar.
Gambar yang di letakkan jangan terlalu besar sangat dan sebaik-baiknya saiz web site setting.
Manakala jika sesuatu entri itu memerlukan penerangan yang panjang,
buatlah perenggan demi perenggan. Dan pastikan saiz tulisan anda jangan
terlalu besar jika tidak entri tersebut menjadi panjang.
Sebagai contoh saiz tulisan saya ini tidak sesuai digunakan dalam penerangan produk kerana ia bersaiz besar dan bold.
Selain itu jenis font juga amat penting, jangan gunakan font yang besar-besar. Gunakan jenis tulisan yang standard
Selain itu gambar yang diambil mestilah terang dan jelas, kalau
menyertai sesuatu majlis produk pastikan gambar yang diletak telah
diedit dengan baik. Kerana gambar menceritakan kehebatan produk dan
rakan-rakan produk anda.
Side Bar/Post Terdahulu
Ini pernah saya utarakan berpuluh kali samada untuk blog peribadi atau
blogshop, pastikan semua post anda terdahulu terutama tentang produk
anda senang dicapai oleh pembaca lain. Dan pastikan susunan post anda
disusun mengikut prioriti.
Jangan tunggang langgang susunan side bar anda. Pastikan side bar itu
mempunyai border dan cantik. Jangan ikut contoh seperti blog saya ini,
tak cantik langsung!!
Pastikan facebook badge anda diletakkan juga .
SEO
Apa yang membezakan blog anda adalah domain. Jika anda mempunyai domain
sendiri berbanding menggunakan blogspot percuma sudah pasti carian
internet akan menang di tangan domain website.
Selain itu nama URL blogshop anda haruslah pendek dan tidak pelik.
Jika terlalu panjang, pembaca anda terlupa nak tulis nama blog yang
terlalu panjang, lagi baik cari nama URL yang pendek senang dihafal.
Kalau pelik dan tak pernah didengari lagi leceh!!
Kesimpulan
Sekarang cuba anda banding blogshop anda dengan blogshop rakan anda.
a) Adakah header saya menarik?
b) Adakah background blog saya mengedikkan?
c) Adakah carian post-post lama saya tentang produk ini mudah dicari?
d) Adakah side bar saya telah mempunyai maklumat yang jelas?
e) Adakah side bar setiap kolum saya ada border dan cantik?
f) Adakah blogshop saya kebudak-budakan dengan gambar doodle yang tidak sepatutnya?
g) Adakah gambar yang saya upload semuanya kemas dan cantik?
h) Adakah saiz tulisan besar?
i) Adakah jenis tulisan saya seperti keanak-anakkan?
j) Adakah blogshop saya mempunyai domain sendiri?
k) Adakah URL blog saya panjang dan pelik?
SEKALI LAGI SAYA JELASKAN, ENTRI INI HANYA UNTUK BLOGSHOP SAHAJA MANAKALA BLOG PERIBADI ADALAH TERPULANG PADA ANDA.
Jangan salah faham yek, sebab penerangan ini kalau nak dibandingkan dengan bentuk blog saya memang hancus..hehehehehe
14 Ulasan
Buat masa ni x lg nk jual2.thanks info.
Bab blogshop plak:
Okay kalau nak buat blogshop. Better guna self-hosting dan custom domain. Sebab dalam hosting akan ada 1 script untuk buat blogshop yang dipanggil "OPEN CHART" ni blogshop yang paling mudah.
Header pula make sure bersaiz sederhana (medium size). elakkan membuat header yang besar gedabak. Seelok2nya header yang ringkas tanpa gambar, biar nampak pro. Tak perlu nak tepek gambar kita yang kiut miut kat header tu. sebab orang masuk blogshop kita pun sebab nak tau apa yang kita jual. bukan nak tengok muka tuan kedai.
Isi pula..kita kena pastikan detail berkaitan barang yg nak dijual beserta maklumat harga & kos penghantaran lengkap.
Respon - ni pun penting juga. Tuan kedai kenalah pantas bagi respon. ni kalau respon pun amek masa 2-3 hari. memang customer pun cabut.
design - design biar simple dan berpatutan. sebab ada gak sesetengah blogshop ni merapu2 dia punya design. kadang2 tu benda yg tak patut ada pun diadakan dalam blogshop tu.
muzik/radio - elakkan memasang muzik/radio dalam blogshop. orang datang blogshop sebab nak shopping bukan nak dongar muzik/lagu.
up to date - ni pun penting gak. blogshop tu kenalah senantiasa di up to date gak ya. kira maintenance ar gitu.
Iklan - kalau dah buat blogshop tu. tok sah ar menggatal nak tepek iklan kiri kanan, atas bawah dan tengah blog. serius perbuatan adalah stupido okay.
domain name - ni kena make sure sama dengan nama blogshop. elakkan nama domain berbeda dari nama blogshop.
social connect - ni wajib ada dan wajib dimasukkan didalam blogshop. supaya mudah customer nak berinteraksi dengan kita.
contact form - ni pun wajib ada dan kedudukannya haruslah di menu tab.
apa lagi erk? hermmmm....
Tu saya selalu kata..
Kalau nak buat blog ni bukan senang..aku benda macam ini malas ler..hehehhe
!st time jumpa entry pasal menda2 ni yg cerita pasal blogshop.. nice entry..
Ni just my pendapat lah utk blogger2 yg berlandas kan blogshop.
ni bkn kritikan tp sekadar perkongsian pendapat masing2..
For me :
1. Header - Tak perlu besar - maksudnya Height tu biar berpada2 je.. bkn header org cari tp produk. tp alignment tu penting.
2. Background? - tak perlu guna images.. just guna Hex color kod dah memadai asalkan tak sakit mata.
3. Doodle ? - blh je guna tapi kalau serius nak meniaga itu tak perlu.. sebab? klu doodle tu x ada kaitan i think no need lah doodle tu..
4.Gambar? Haaa... yg ni ramai blogger kurang paham.. semua blogger nak sgt ber SEO kan? SEO bkn saja terletak pada meta keyword je.. apa yg perlu di praktikkan link (tajuk selaku link) mesti selari dgn keyword.. dan perlu di strongkan.. pasal gambar?? sebenanya gambar penting pada setiap entry... sb dlm gambar kita boleh set propeties as pic name, title or alternate yang mn klu entry tu tak ada kena mengena dgn gambar sekali pon di carian google tetap akan detect jika telah di index kan di search engine..
Contoh terdekat lah :
Keyword : tudung
isi entry : ada tudung
Tajuk as link : Tudung bawal
Dan ni dapat di kukuhkan lagi sebagai top chart di search engine jika ada gambar yang di beri :
Caption : Tudung Bawal
Alternate or title gambar tu : Tudung Bawal.
bkn semua org search on web.. ada ramai jugak search on images...
Tulisan ? - biar buat mcm kebiasaan je sudah... tak perlu di Bold kan semua.. boldkan mana yg di katakan isi penting jek.. sebab GOOGLE BOT akan index kan haya 20 perkataan jek.
5. Domain penting jika kena caranya.. domain pendek pon tak guna jugak klu lari dari produk.
6. Url panjang dan pelik tu saya bersetuju dgn Bro hanif...
KEEP IT UP...
wah. tak tersengaja terjumpa entri ni
terima kasih banyak membantu nak buat blogshop =)