Salam satu blogger, hari ini mendapat satu pertanyaan yang agak menarik dari rakan blogger yang menjalankan perniagaan blogshop dibidang yang sama tetapi rakannya lebih banyak preview dan demand order yang lebih tinggi. Saya tidak begitu handal dalam menilai kenapa dia lagi baik kerana ianya sesuatu yang subjektif terutama melibatkan bidang perniagaan. Bagi saya asas perniagaan adalah usaha dan sedia mengorbankan masa dan buang rasa malu. Itulah pengalaman saya bila menceburi bidang perniagaan ini.

Dalam hal ini saya melihat dari segi SEOnya dan juga impak background dan isinya kepada pembaca. Saya tidak akan membicara tentang strategi perniagaan anda. Selain itu saya anggap produk yang anda jual adalah produk makanan kesihatan sebagai amnya.
Kalau anda jual mainan kanak-kanak atau pakaian kanak-kanak sudah semestinya berlainan blognya kan?

Back Ground/ Templates
Dalam dunia blogshop yang paling penting ialah visual, kekemasan dan kecantikan. Jika hiasan dalaman yang cantik dan sedap mata memandang sudah tentu blogshop itu akan menjadi pilihan.
Pertama, adakah blogshop anda menampilkan produk yang ingin jualkan. Adakah jika pembaca pergi ke blog anda sekilas pandang sudah tahu  anda menjual produk tersebut.
Mengikut pakar-pakar blogger, di dalam blog sebenarnya terdapat kawasan yang dipanggil "hotspot" iaitu psikologi mata manusia yang mesti pandang ke arah tersebut. Biasanya ia terletak disebelah atas kiri blog anda atau hampir tengah di bawah header.
Kedua warna kedai blogshop jangan menggunakan warna-warna kusam, jika jual produk kesihatan gunakan warna-warna ceria.
Jangan gunakan warna hitam atau pink girl anda. Ia harus menampakkan anda seorang yang profesional.
Ketiga kurangkan doodle, ini khas untuk blogger wanita yang menceburi bidang blogshop ini. Doodle ini hanya untuk blog peribadi dan kalau hendak sangat letakkan satu sahaja..hehehehhee.
Satu contoh yang tidak sesuai  ialah shoutbox yang meletakkan gambar doodle dan kemudian pembaca kena klik.  Ianya mengambil ruang dan tak sesuai dengan blogshop anda.

Header pula janganlah terlalu besar. Tidak menjadi masalah jika nama blog URL  anda Faez atau Siti atau Supermummy tetapi buatlah header yang kemas. Nak buat header pakai apikasi yang canggih sikit, janganlah pakai aplikasi"Paint" kat Window tu buat header..hehehehe. Atau kalau anda macam saya, skill kurang baik minta rakan-rakan blogger buatkan dan bayarlah upahnya.
Header untuk blogshop merupakan air muka anda sebenarnya.
Blogshop ini tak semestinya header mesti kena letakkan produk anda, letak nama anda pun boleh tapi yang penting kemas dan cantik dan profesional ...

Entri
Dalam kedai blogshop motto utama biarlah gambar berbicara. Kurangkan menulis dan letakkan gambar.
Gambar yang di letakkan jangan terlalu besar sangat dan sebaik-baiknya saiz web site setting.

Manakala jika sesuatu entri itu memerlukan penerangan yang panjang, buatlah perenggan demi perenggan. Dan pastikan saiz tulisan anda jangan terlalu besar jika tidak entri tersebut menjadi panjang.
Sebagai contoh saiz tulisan saya ini tidak sesuai digunakan dalam penerangan produk kerana ia bersaiz besar dan bold.

Selain itu jenis font juga amat penting, jangan gunakan font yang besar-besar. Gunakan jenis tulisan yang standard
Selain itu gambar yang diambil mestilah terang dan jelas, kalau menyertai sesuatu majlis produk pastikan gambar yang diletak telah diedit dengan baik. Kerana gambar menceritakan kehebatan produk dan rakan-rakan produk anda.

Side Bar/Post Terdahulu
Ini pernah saya utarakan berpuluh kali samada untuk blog peribadi atau blogshop, pastikan semua post anda terdahulu terutama tentang produk anda senang dicapai oleh pembaca lain. Dan pastikan susunan post anda disusun mengikut prioriti.
Jangan tunggang langgang susunan side bar anda. Pastikan side bar itu mempunyai border dan cantik. Jangan ikut contoh seperti blog saya ini, tak cantik langsung!!
Pastikan facebook badge anda diletakkan juga .

SEO
Apa yang membezakan blog anda adalah domain. Jika anda mempunyai domain sendiri berbanding menggunakan blogspot percuma sudah pasti carian internet akan menang di tangan domain website.
Selain itu  nama URL blogshop anda haruslah pendek dan tidak pelik.
Jika terlalu panjang, pembaca anda terlupa nak tulis nama blog yang terlalu panjang, lagi baik cari nama URL yang pendek senang dihafal. Kalau pelik dan tak pernah didengari lagi leceh!!

Kesimpulan
Sekarang cuba anda banding blogshop anda dengan blogshop rakan anda.
a) Adakah header saya menarik?
b) Adakah background blog saya mengedikkan?
c)  Adakah carian post-post lama saya tentang produk ini mudah dicari?
d) Adakah side bar saya telah mempunyai maklumat yang jelas?
e) Adakah side bar setiap kolum saya ada border dan cantik?
f) Adakah blogshop saya kebudak-budakan dengan gambar doodle yang tidak sepatutnya?
g) Adakah gambar yang saya upload semuanya kemas dan cantik?
h) Adakah saiz tulisan besar?
i) Adakah jenis tulisan saya seperti keanak-anakkan?
j) Adakah blogshop saya mempunyai domain sendiri?
k) Adakah URL blog saya panjang dan pelik?

SEKALI LAGI SAYA JELASKAN, ENTRI INI HANYA UNTUK BLOGSHOP SAHAJA MANAKALA BLOG PERIBADI ADALAH TERPULANG PADA ANDA.
Jangan salah faham yek, sebab penerangan ini kalau nak dibandingkan dengan bentuk blog saya memang hancus..hehehehehe