Transformasi Door Gift Perkahwinan Melayu- Wajarkah?

Transformasi Door Gift Perkahwinan Melayu- Wajarkah?

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Sepanjang cuti sekolah ini kita pasti akan dimomokkan lambakan jemputan perkahwinan dari rakan-rakan atau saudara kita akan membina istana pelamin  mereka. Dan setiap majlis perkahwinan yang anda hadiri anda akan dibekalkan "berkat" oleh tuan rumah sebagai ole-ole sebelum pulang. Kalau anda kenalan yang lebih rapat sudah pasti anda mendapat "berkat" yag lebih baik yang biasanya untuk tetamu pengantin sebelah bertandang.
"Berkat" atau bahasa glamour anak muda terkini iaitu door gift aku melihat mengalami satu perubahan yang agak drastik sejak kebelakangan ini.

Dahulu  "berkat"  perkahwinan ialah bunga telur atau telur sahaja yang dibalut dengan kertas tisu. Itu standard "berkat" perkahwinan yang bertahan untuk berbelas tahun dahulu. Dan aku merupakan salah satu yang mengekalkan tradisi ini semasa berkahwin dahulu.
Kemudian sejak 5 tahun yang lalu, perubahan ketara telah berlaku dimana bunga telur telah diganti dengan gula-gula atau jelly( tah apa nama dia).
Dan  sejak 3 tahun kebelakangan ini telah diganti pula dengan kuih bahulu yang mempunyai pelbagai bentuk seperti ikan, ayam atau berbentuk bulat sahaja yang diletak didalam bekas plastik.

Dan kini ia semakin menarik, dimana tetamu akan dihadiah bukan sahaja makanan tetapi sapu tangan, cawan, dan pelbagai lagi.
Dari gambar di atas baru-baru ini aku menerima satu set door gift dan dalamnya mengandungi pengetip kuku, kuih bahulu dan kuih lagi.

Malahan transformasi "berkat" bukan sahaja bertukar nama kepada "door gift" tetapi bag atau bag goodies untuk mengisi door gift ini juga mempunyai pelbagai bentuk yang menari. Biasanya comel dan kecil. Memang cantik sekali aku melihatnya.

Biasanya yang beria-ria untuk memberi door gift ini ialah si pengantin, biasanya ibu bapa hanya menguruskan catering dan jemputan untuk tetamu. Manakala pengantin pula bertanggungjawab terhadap DJ, pelamin dan door gift. Disebabkan anak muda ( si pengantin) yang menerajui bahagian door gift ini, maka secara tak langsung kualiti door gift ini sudah pasti akan mengalami perubahan.

Tetapi apabila kita melihat keghairahan dalam memberi "berkat" yang secara amnya tidak mempunyai nilai yang tinggi dalam sesuatu  majlis perkahwinan itu . Pada dasarnya bunga telur tetap ada pada sesuatu majlis perkahwinan itu.
Adakah wajar kos tambahan dalam memberi door gift ini  harus dilakukan. Sebagai contohnya memberi cawan atau pengetip kuku seperti di atas, itu semua kos!!!
Padahal untuk kos majlis perkahwinan yang asas sahaja pada masa kini anda memerlukan sekurang-kurangnya RM15, 000.

Tetapi dari sudut pandangan yang positif pula aku  melihat ini merupakan satu kepuasan dari pihak pengantin. Perkahwinan hanya sekali ( kebiasaannya..hehehehe), dan hari tersebut adalah hari paling bahagia untuk anda dimana anda juga akan bermutasi opsss... bertransformasi. Apa salahnya membuat sedikit perbezaan?

Apa pendapat anda?

Catat Ulasan

21 Ulasan

Unknown berkata…
Kalau ikotkn mak sy,walau mcm mana sekali pun,bunga telur tetap kena bagi.
zaxx berkata…
aah la..dh byk berubah..:) 10 tahun akan dtg pe plak la ea..:)
OKje berkata…
Yelah kan Nep... memang perubahan yg ketara... tak salah kot kalau ada budget lebih! apa salahnya!
LiNda berkata…
Saya bakal berkahwin tahun depan, pada saya doorgift tu bukanla menjadi kewajipan. Sy akan bagi doorgift yg simple mcm makanan, supaya x membazir. Even kahwin hanya sekali seumur hidup, bukan ukuran utk saya bazirkan semua duit simpanan. Lepas kawin lg penting kan :)
Unknown berkata…
heh..membebankan...aku just bagi mug dr ikea yg berharga 70 ke bape ntah..lupe dh harga sbb 3 tahun lalu..
Tengok sini ==>> Musim Mengawan Datang Lagi
Unknown berkata…
bg sy xde mslh aslkn pihak pngantin bkemampuan..yg jd mslhnye ble menjejaskn kewangan slps mjlis kahwin
cikeyrah berkata…
waa kreatif pengetip kuku..mesti terasa siapa yang kuku panjang =P , tapi betulah goodies bag mmg mengeluarkan blanja yang besar,.
Salmi berkata…
Pendapat saya, elakkan pembaziran. Berilah sesuatu yg berguna atau boleh digunakan. Satu lagi, kurang setuju jika beri gula-gula kepada budak2.
Unknown berkata…
setuju tu..kadang-kadang yang berduit banyak tu nak beli macam2..kalo xdak duit, hanya mampu membajet mana yang boleh..

kalo xbagi rasa cm kekurangan plak..
padahal dulu bagi telur sebiji je..
sekarang balang kaca, sputgn, pen.dll.lagi..dunia dh berubah..:)
TRAVELOG ATEH berkata…
saya suka doorgift. bg sy ianya merupakan buah tangan kepada tetamu. Berkat dari pengantin. Tp kalau bak2 bg cawan tue sy xberkenang. membazir sngt sebb kalau cawn yng kecil2 tue xberguna pun. hnya dijadikan perhiasan sampai penuh kabinet. kalau bg jajang atau mknn tue xper. trutmya unk kanak2. mrka seronok. kalau untk orng dewasa mcm sy nie kalau dapat bunga telur suka snagt simpan. sbb benda tue comel and bleh djadikan koleksi. apa pun pilihan pengantin untk doorgift nie, harap ianya tidaklah melampaui bajet.okeh... hehe.pengtip kuku lah plak...
Aimacomel berkata…
Kalau tak bg pape boleh x? :) hehe..
Pernah buat goodies bag utk abg kawib 2thn lepas.. Mmg byk kerja.. Byk plk tu pilihan..
Aimacomel berkata…
Kalau xbg pape blh ke? :) hehe
Byk pilihan dh skg ni
Unknown berkata…
tu la kan, kalau yg berkemampuan tu oklah. tapi kalau tak mampu mcm mana. mungkin sebab tu lah kos kawin sekarang mahal..
Unknown berkata…
selalunya husna selaku penerima lebih suka kuih-muih..cth:bahulu, kek cawan..
Azlan Strider berkata…
bagi aku benda nie jadi bila orang start compare...eh wedding hanif aritu bagi cawan, nanti automatik time wedding aku nanti nak bak bg yang lebih dari cawan sebab tak nak ngalah...hahaha

tapi aku suka bunga telur lagi..dulu arwah mak aku suka kumpul bunga telur dari setiap wedding yang dia pegi...

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
tapi kalau niat buat kenangan & barang2 nie khas untuk vvip yg terdiri dr saudara mara n kawan baek x pe kan?hihi
Unknown berkata…
berkemampuan ke tak , bukan isunya. kan tak elok kalau membazir.
M'Rie R'Nie berkata…
Hahaha..kepuasanlah sangat. esok lepas majlis. pengantin garu kepala jer kejenya. sebab duit dah habis. to me door gift ni ala kadar jer dah memadai. tak perlu nak bagi grand2 pun.
kay_are berkata…
bese nye pengantin belah pompuan yang semangat nak wat goodies bag ni.. belah laki just layan je tapi ok r takde r boring dapat telur je setiap kali.. huu
Unknown berkata…
bro...tak dinafikan ada org yg pi kenduri nk dapatkan goodies bag..kalau dlm tu ohsem..... senyum jer.... kalau kueh muih.... mulaler muka kelat!!! he3
Kak Bunga berkata…
bagi sy lah kan..kalau boleh memang nak buat sesimple yang mungkin....kehidupan lepas kawin lagi byk nk pakai duit...