"Berkat" atau bahasa glamour anak muda terkini iaitu door gift aku melihat mengalami satu perubahan yang agak drastik sejak kebelakangan ini.
Dahulu "berkat" perkahwinan ialah bunga telur atau telur sahaja yang dibalut dengan kertas tisu. Itu standard "berkat" perkahwinan yang bertahan untuk berbelas tahun dahulu. Dan aku merupakan salah satu yang mengekalkan tradisi ini semasa berkahwin dahulu.
Kemudian sejak 5 tahun yang lalu, perubahan ketara telah berlaku dimana bunga telur telah diganti dengan gula-gula atau jelly( tah apa nama dia).
Dan sejak 3 tahun kebelakangan ini telah diganti pula dengan kuih bahulu yang mempunyai pelbagai bentuk seperti ikan, ayam atau berbentuk bulat sahaja yang diletak didalam bekas plastik.
Dan kini ia semakin menarik, dimana tetamu akan dihadiah bukan sahaja makanan tetapi sapu tangan, cawan, dan pelbagai lagi.
Dari gambar di atas baru-baru ini aku menerima satu set door gift dan dalamnya mengandungi pengetip kuku, kuih bahulu dan kuih lagi.
Malahan transformasi "berkat" bukan sahaja bertukar nama kepada "door gift" tetapi bag atau bag goodies untuk mengisi door gift ini juga mempunyai pelbagai bentuk yang menari. Biasanya comel dan kecil. Memang cantik sekali aku melihatnya.
Biasanya yang beria-ria untuk memberi door gift ini ialah si pengantin, biasanya ibu bapa hanya menguruskan catering dan jemputan untuk tetamu. Manakala pengantin pula bertanggungjawab terhadap DJ, pelamin dan door gift. Disebabkan anak muda ( si pengantin) yang menerajui bahagian door gift ini, maka secara tak langsung kualiti door gift ini sudah pasti akan mengalami perubahan.
Tetapi apabila kita melihat keghairahan dalam memberi "berkat" yang secara amnya tidak mempunyai nilai yang tinggi dalam sesuatu majlis perkahwinan itu . Pada dasarnya bunga telur tetap ada pada sesuatu majlis perkahwinan itu.
Adakah wajar kos tambahan dalam memberi door gift ini harus dilakukan. Sebagai contohnya memberi cawan atau pengetip kuku seperti di atas, itu semua kos!!!
Padahal untuk kos majlis perkahwinan yang asas sahaja pada masa kini anda memerlukan sekurang-kurangnya RM15, 000.
Tetapi dari sudut pandangan yang positif pula aku melihat ini merupakan satu kepuasan dari pihak pengantin. Perkahwinan hanya sekali ( kebiasaannya..hehehehe), dan hari tersebut adalah hari paling bahagia untuk anda dimana anda juga akan bermutasi opsss... bertransformasi. Apa salahnya membuat sedikit perbezaan?
Apa pendapat anda?
21 Ulasan
Tengok sini ==>> Musim Mengawan Datang Lagi
kalo xbagi rasa cm kekurangan plak..
padahal dulu bagi telur sebiji je..
sekarang balang kaca, sputgn, pen.dll.lagi..dunia dh berubah..:)
Pernah buat goodies bag utk abg kawib 2thn lepas.. Mmg byk kerja.. Byk plk tu pilihan..
Byk pilihan dh skg ni
tapi aku suka bunga telur lagi..dulu arwah mak aku suka kumpul bunga telur dari setiap wedding yang dia pegi...
Regards,
-Strider-