Penduduk Syria cipta kereta berperisai kawalan jauh

Penduduk Syria cipta kereta berperisai kawalan jauh

2012 Tahunku Yang Kacak
Kumpulan penentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad memperkenalkan kereta perisai buatan sendiri yang menggunakan alat kawalan. Dinamakan Sham II, kenderaan perang tersebut dibina dalam tempoh kurang satu bulan.

Kereta perisai itu yang menggunakan rangka badan sebuah kereta diesel dan beberapa bahagian badannya diambil dari sebuah kawasan besi lusuh. Ia boleh dikawal dengan alat permainan video Sony Playstation.

Kenderaan tersebut dicipta oleh sekumpulan penduduk yang menyertai kumpulan Briged Al-Ansar. Memiliki panjang sekitar empat meter dan lebar dua meter, Sham II dilengkapi sebuah mesingan di atas bumbung. Kenderaan perang buatan sendiri itu menyertai pasukan penentang untuk bertempur dengan kebal kebal T-72 yang digunakan oleh rejim Bashar.

Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan askar-askar Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.

Kumpulan tersebut mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. Lebih 40,000 orang terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
semakin hari , semakin canggih senjata......
Abu Bagi berkata…
dalam keadaan perang serba kekurangan dpt jugk buat kereta perisai mcm ni..dlm tempoh kurng sebulan pulak tu...mmng bijak la diorng..
wantie berkata…
wah hebat ni.. dah semakin canggih. lepas ni tentera pun kena pakar IT le. dok umah je, control keta berperisai...

wantie berkata…
Adei.. kalau tersalah sasaran tu cam na la kan. nama pun manusia. mesti melakukan kesilapan.