Pesawat tak boleh terbang waktu azan

Pesawat tak boleh terbang waktu azan

2012 TahunKu Yang Kacak
Menghormati laungan azan lima kali sehari di Iran semakin diperketatkan.
Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat.
Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.

Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.
Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh Reuters sebagai berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atau syarikat penerbangan

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
bagus cam tu.... kat klia nie...time kutbah jumaat pun kekadang ada pesawat test enjin.... dh ler blkg pusat islam tu jer......
Niza Romli berkata…
Bagusnya. Kan bagus jgk buat kt negara kita.
Forester berkata…
nice post friend.. salam kenal yah..
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah..dia orang benar-benar meletakkan Azan di tempat yang sepatutnya...Malaysia bila nak buat macam ni ya...
ayut berkata…
bagusnya...doa2x la moga Malaysia dan pihak penerbangan terutamanya mampu untuk mengikut seperti ini....
boni kacak berkata…
Iran??? hurm.. pelik juga ni
OKje berkata…
Baguslah...sekurang-kurangnya pemerintah dah terlepas dari pertanyaan Allah!!