Wanita maut selepas terima paru-paru perokok

Wanita maut selepas terima paru-paru perokok

2012 Tahunku Yang Kacak
Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengidap kelainan kelenjar sekresi fibriosis sistik meninggal dunia setelah mendapat paru-paru daripada seorang penderma perokok tegar.

Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London. Bapanya, Colin Grannel berkata, dia yakin anaknya tidak akan bersetuju dengan transplan itu jika dia mengetahui penderma terbabit ialah perokok tegar.

Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu. Jennifer didiagnosis menghidap fibriosis sistis sejak berusia dua tahun dan setelah mencapai usia 20-an, dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen 24 jam sehari.

Jennifer telah mendaftar sebagai penerima transplan paru-paru sejak 18 bulan lalu dan pada April tahun lalu, dia diberitahu bahawa ada penderma yang sesuai. Grannel berkata, keluarganya sentiasa menunggu hari itu sejak bertahun lamanya dan menjangka transplan yang dijalani Jennifer akan berjalan lancar.

Jennifer berkahwin dengan lelaki idamannya, David Wederell pada September tahun lalu tetapi Februari lalu, kanser dikesan di paru-parunya. Grannel mendakwa anaknya mati akibat kelalaian pihak hospital. “Pihak hospital tidak pernah menyatakan bahawa paru-paru yang digunakan dalam transplan itu adalah milik seorang perokok tegar,” katanya

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
dah ajal di cuma paru2 tu penyebab aje...
LiNda berkata…
teruk gile hospital tu, xde ke paru2 yg lebih sihat utk pesakit dia..kesian perempuan tu :(
wantie berkata…
adoi... cam na la hospital leh buat mcm tu. say sorry ja la. dah ajal dia.
Cikrosecute berkata…
alahai!...dah memang ajal dia..
Unknown berkata…
uikk kesiannya..(-_-)
ayut berkata…
tgk..ni mesti hospital nk duit je ni....motif sgt kan bg peparu org perokok tegar...mmmm..tp blh ea nak derma klu penderma tu bermasalah??mesti ada check org yg nk menderma tu kan??pelik jap....
OKje berkata…
Kalau dah ajalkan!
Unknown berkata…
kejam nya...... hospital tu tak ikhlas......
SiPisau berkata…
takde yang kejam pon, dah sampai ajalnya. ajal maut kan ketentuan Allah S.W.T.