Salam satu blogger. Kejap lagi nak full swing blogwalking. Lama betul tak blogwalking..kikikiki. Alasan yang sama...masa mencemburui aku...
Tempoh hari aku ada berborak dengan rakan aku. Dia tanya aku kenapa berblogging?
Aku jawap aku berblogging kerana wacana blogging ini adalah tempat aku keluarkan idea....selain itu ilmu...dan baru2 ni nak gain sikit duit..kikikiki.
Member aku jawap semua blogger blogging ini kerana nama. Aku tersentak..oiiiii... Aku tak pikir pun nak berlagak bila berblogging. Blog aku pun bukan femes.
Dia beri perumpamaan manusia mati meninggalkan nama. Sebagai blogger...segala entri kita akan kekal di dunia sesawang. Betul tak?
Andaikata kita tiada didunia ni. Anak-anak cucu kita boleh melihat entri..gambar kita..
Selagi dunia sesawang ini ujud selagi itu nama anda kekal untuk rujukan beberapa dekad.
Wah!!!!! Dalam juga member aku berfikir ni..hihihihi.
Tapi bila difikirkan sejenak betul gak. Satu hari nanti bila anak-anak dah besar. Dia boleh melihat dan mengenal diri kita melalui entri kita.
Mereka juga boleh melihat gambar-gambar masa mereka kecil. Tak macam kita dulu...sedikit ajer gambar masa kecik. Kalau ada pun alahai lusuhnya..hihihi.
Kalau lagi tragis...cucu-cucu kita pun melihat masa atuk atau nenek mereka muda yang hensem dan gedik dulu...hihihi.
So aku rasa aku berblogging kerana nama.kikiki.
Itulah kelebihan menjadi blogger. Satu teknologi yang diluar kelebihan.
13 Ulasan
Harimau mati meninggalkan belang,
blogger mati meninggalkan nama :)
saya pun org tak kenal. blog apatah lagi.jadi saya blogging mmg bukan kerana nama. kalau sebab anak bini, rasanya tak kot. malu kalau mereka baca blog kita. rasa segan pulak :)
tapi bg aku blogging hanya untuk berkawan
dan bercerita...
dengan gaya tersendiri kan?
Betul...nak tak nak, kita tidak dapat menafikannya. Sebaba itu kita kena berkongsi sesuatu yang bermanfaat di blog. Ajal maut xsiapa tahu... Semoga blog dapat menjadi saham di hari kemudian dan buat panduan dan kenangan generasi akan datang :)
Tapi kerana nak buat diary!