Jerebu yang melanda beberapa negeri dijangka bertambah teruk berikutan cuaca panas yang akan berterusan sehingga beberapa bulan akan datang.
Kualiti udara di enam kawasan di Semenanjung menurun kepada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) jika dibandingkan hanya tiga kawasan pada Sabtu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 di Melaka (161), Bukit Rambai (135), Pelabuhan Klang (104), Port Dickson (120), Muar (125) dan Kemaman (108).
Bagaimanapun, kualiti udara di kebanyakan tempat lain di negara ini berada pada tahap baik dan sederhana.
Di Melaka, bacaan IPU meningkat daripada 68 kepada 161 sejak tiga hari lalu, bacaan tertinggi direkodkan di negara ini.
Aku dah mula demam dan sakit tekak. Semalam aku minum berbotol-botol air sebab tekak rasa kering sangat. Ubat demam aku telan 4 biji semalam.
Kawasan kerja dan tempat tinggal aku di Bukit Rambai dengan IPU 135 memang dah gagal dalam keselamatan udara.
Aku dah mula kesan jerebu ni hari Sabtu malam semasa sedang memancing kat laut. Tongkang juragan tu kata, teruk betul jerebu ini sampai tak nampak pulau-pulau berdekatan.
Dengan riaknya juragan tongkang tu kata, nasib baik dia pakai GPS kalau tak boleh sesat nak balik ini ( sambil menunjukkan GPS dia yang berharga RM3000 kepada boss aku).
Aku ingat kabus pagi rupanya jerebu..hehehehehe. Itu pun setelah tengok kat TV. Aku memang dah tercemar dengan jerebu seawal pagi sebab tu badan rasa tak best ajer ini..hukkk..hukkk.hukkk.
Ini semua gara-gara kesan pembakaran hutan oleh petani Indonesia secara besar-besaran. Dulu aku dengar ASEAN nak ambil langkah pencegahan sebab aktiviti ini telah merugikan ekonomi sebanyak RM9 billion!!!!
At least kau orang kasi RM1 billion kepada petani-petani Indonesia tu kan bagus, sediakan teknologi pembersihan hutan yang efektif dan sihat. Selesai masalah ini...
Ini hanya komplen ajer tapi duit tak mahu kasi. Esok aku nak beli SCBA mask siap dengan oksigen kalau jerebu ini tak selesai lagi...hehehehehe

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak
sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

11 Ulasan
Kat sini belum lagi jerebu, cuma panas. Rasanya dlm beberapa hari lagi...kalau xhujan, mungkin jerebu juge la...
tak pernah nak ambik iktibar.
http://ran.org/sites/default/files/tripa_ran_truth_and_consequences.pdf
Kita asyik salahkan Indonesia sbb ekspot asap ke Malaysia. tetpi kawasan ladang yang terbakar di Indonesia tu adalah milik syarikat korporat di Malaysia.