Di Sebaliki Harga Minyak Naik 2013

Di Sebaliki Harga Minyak Naik 2013

Di Sebaliki Harga Minyak Naik 2013
Kepadatan Stesen Minyak Pada Malam Tadi Di Bangi Seksyen 15

Tadi malam PM kita Dato Seri Najib telah mengumumkan kenaikan harga minyak efektif berakhir 2 Sept tengah malam ini.


Sudah tentu pelbagai reaksi yang akan kita lihat apabila pengumuman ini disiarkan. Yang pastinya akan keluar unsur-unsur negatif dari rakyat Malaysia.

Ini adalah tindakan rasional sebagai manusia dan rakyat, siapa yang suka harga minyak naik. Ada tak sesiapa yang melaung-laungkan sokongan apabila harga minyak naik. Itu orang gila ajer..hehehehehe.

Salah seorang yang melaungkan unsur negatif ini adalah aku...hahahahaha.
Namun terdapat beberapa maklumat yang saya perolehi bahawa kenaikan harga minyak ini berpunca dari unsur globalisasi dunia terutama kes Syria dan Mesir yang dianggap penyumbang utama kenaikan harga minyak sedunia..

Kenaikan harga RM.20 ini sebenarnya bukan satu isu yang aku bimbangkan tetapi impak terhadap harga barangan yang berkaitan terutamanya barangan keperluan awam. Itu yang aku bimbangkan.

Aku harap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang makanan seiring dengan kenaikan harga minyak ini.

Namun tadi PM kita juga mengumumkan penambahan tambahan BRIM pada 2014 ini untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan sederhana. Yang aku pasti ialah RM1200 seperti yang dijanjikan...

Ini yang aku menyampah dengan stail pemimpin kita ini, membuat alihan isu BRIM sebab kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini berlarutan dan BRIM yang diberi pula hanya sekali.

Jangkamasa panjang ianya bukan satu langkah yang baik. Kalau kerajaan nak naikkan harga minyak....kita pun bukan boleh buat apa. Tak perlu mengalihkan perhatian kepada isu BRIM pula.

Ini adalah strategi yang salah, kerana pembangkang dari gunakan satu isu pasal harga minyak naik dan kini mereka akan gunakan isu BRIM pula...Tengoklah nanti...!!!

Kan lagi baik terangkan dengan lengkap sebab kenaikan harga minyak dengan data dan logik. Stail yang digunakan ini tadi, stail 80an lerrr.....

Tapi yang pasti malam tadi aku nak tuang minyak tak kesampaian sebab stesen minyak penuh sangat. Malas aku nak beratur panjang-panjang....hahahahha.

Lagi pun kalau aku tuang penuh pun bukannya minyak tu boleh bertahan hingga hari raya tahun depan..ahaks.

Catat Ulasan

26 Ulasan

Unknown berkata…
globalisasi itu satu tapi bukankah negara kita ada minyaknya sendiri....???
betul tu en.hanif.
saya pun setuju dengan pendapat ini.
risau nanti barang naik..huhu..
kena jaga amal ni..huhuhu..
Asmar Arafad berkata…
sebagai rakyat terima seadanya..
Carlos Santiago berkata…
lepas ni rompakan akan berleluasa. tekanan akan berterusan. masalah sosial semakin meruncing. wang dijadikan taruhan. kenaikan barang dianggap lumrah oleh rakyat. Bodohnya manusia.
Tanpa Nama berkata…
terima kasih penyokong BN!!! terima kasih BN!!
epas nie tunggu je..harga gas masak dan TNB pasti naik..di ikuti harga barangan runcit....
Rahadi berkata…
wah minyak dunia sedang naik yah :(
Mia Kassim berkata…
terima sajalah...huhu

# setuju, semlm berpusu2 nak isi minyak, bukannya bole berthn smpai tahun depan pun...huhu
Zawiah berkata…
sbb BRIM lah undi PM byk hilang pada PRU13 ... nape la PM tak amik pengajaran ... ada gak demonstrasi ni kang ... alahaiii
FaizalRSD berkata…
Harga minyak adalah hal yg paling sensitif utk rakyat Malaysia.Untuk keadaan sekarang ni,inilah kesilapan yg paling besar.
Azlan Strider berkata…
setuju hanif, aku pun tak sure adakah BR1M mampu untuk menampung keperluan akibat dari kenaikkan harga barang yang dijangka akan berlaku..

Regards,
-Strider-
Bunda_nora berkata…
apa pun dah cmfm harga minyak dah naik...
Tanpa Nama berkata…
betul juga..nak tuang penuh2 pun esok lusa nak kena tuang lagi kan?tangki minyak tu besar mana jer..bukannya boleh tahan setahun pun..terima aje lah jawabnyer...
Mummy MM berkata…
Rumet saya cakap, harga minyak naik sebab nak mengurangkan aktiviti keganasan Syria. Kan dye owg guna mesin. Mesin perlu minyak. Lawak jer dye terangkan. Macam saya nie budak kecik. Hahaha.
Unknown berkata…
minyak penuh sampai raya tahun depan? amboiiii..kemain lg jangka hayat minyak tu
dalam 3 hari cepat je habis

aah..isu minyak naik demi kukuhkan ekonomi kita...akur

tp yg x syoknya nanti harga barang turut melambung sama...siap berkempen2 lg tu..hadoi..

br1m..indahnya andai utk semua org..tp hanya yg tertentu je dpt merasainya..huhuhu..nak jugak cover buat modal minyak naik tuuu...
♥ Nana BamBam ♥ berkata…
Allah....walaupun harga minyak naik,
jangan lah juga darah naik..

kena lah jaga emosi...kita masih dalam keadaan aman sentosa..

saya x suka sebenarnya naik2 harga semua ni sebab membebankan rakyat...tp itulah keputusan PM kita..hmmm
Unknown berkata…
Kenaikan harga minyak RM.20 sudah pasti. Menyusulnya kenaikan harga barang hampir pasti
Ramai menari zulu mengelilingi BRIM 2014, dijanjikan RM1200, hanya sekali saja itu pasti
Lalu didalam bilik air dengan microphone botol syampoo berkumandang Lagu Keranamu Malaysia
dan lirik dibawah diulang beberapa kali

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Malaysia ada Pakar yang hebat. HT sangat kagumi pakar-pakar psikologi jiwa manusia di Malaysia. Bila mereka bergabung dengan Pakar Ekonomi dan menzahirkan kebijasanaan mereka bersama politikus dan juga jutawan. Ia seperti syurga, orang putih kata, it heaven!
Bin Muhammad berkata…
Setahu aku, harga minyak di pasaran dunia baru je jatuh...tapi mcmne pulak boleh naikkan harga minyak? Lepas ni alasan TNB nak naik harga la tu...Belum lagi barang2 lain. Semuanya naik...ada yg nak kena turun nih!
Tanpa Nama berkata…
kenaikan harga minyak menimbulkan keresahan & kemarahan org ramai . sesuatu yg pasti kenaikan harga brg akan menyusul dan sebagai PENANGGUNG LEBIHAN TERBESAR itu rakyat akan dihimpit dgn bebanan yg semakin.menyusahkan. adakah Kerajaan dgn yakin mampu mengatasi kenaikan harga tempias drp situasi semasa?adakah dgn harga siling membantu mengurangkan JERUTAN tekanan ekonomi kpd segala hamba rakyat? serta kpdnk Mampu mengatasi TANGAN TANGAN GHAIB yg menangguk di air keroh. tepuk dada tanya kpd Sang penguasa yg terlebih arif lagi terlebih bijak sana dan sini . tq
Unknown berkata…
Salam. Saya ni pelajar kat sebuah IPTA. Kos pengangkutan nak ke bandar je dah mahal sebelum harga minyak naik, ni kan pula bila harga minyak dah naik 20 sen. Takkn laa pak cik prebet tu tak nak naik kan harga tambang. Yang membimbangkn saya sbg pelajar, bila harga makanan,barang2 dah mula naik. Betul laa org ckp PTPTN ada untuk digunakan tp bila dah naik mcm ni, rasa mcm nk menangis. PTPTN yg ada pun cukup2 je untuk yg sekarang kadang2 trpaksa ikat perut sbb nk kasi jimat kalau boleh tak nak habiskn semua duit PTPTN. Tp.....dgn apa yg brlaku sekarang ni, betul2 mengecewakan saya sbg pelajar. Duit BRIM tu pun bkn kami dapat. Kami hanya dapat voucher buku shj. Lg pun, pd saya bila PM dah sebut pasal BRIM tu pd rakyat, PM mcm nk sogok rakyat je supaya rakyat senyap tk kata apa dgn kenaikkan harga minyak walhal, kita sbg rakyat berhak brsuara. Pd yg berduit tu bg mereka mmg la sikit 20 sen tu. Habis tu mcm mana pulak dgn yg kurang brkemampuan ? 20 sen seliter tu sangat besar nilainya. Bkn 20 sen sekali isi tp seliter. Tu baru minyak yg naik. Bila minyak dah naik, barang pon nak naik gak. Harga minyak 20 sen naik tp harga barang melonjak tinggi pulak naiknya. Entah laa. Saya hanya sekadar berkongsi buah fikiran. Maaf kalau trsalah kata trlanjur bicara. Wallahualam
Unknown berkata…
hmm BRim brim brim..
OKje berkata…
Suka tak suka terpaksa terima,... nak buat macamana...kereta pun nak minum jugak bis tu tuan keta nak ngukur jalan hehe
haryati berkata…
disebabkan 20sen impaknya sungguh luas ye...
Hazmin Hamudin berkata…
Nak tak nak kita kena la hadap kenaikan harga minyak ni. Kena control perbelanjan atau tingkatkan pendapatan.
Tanpa Nama berkata…
Tahniah kepada semua. Minyak naik. Barang naik. Elektrik naik. Barang naik lagi. Gaji naik pun tiada maknanya. Orang kampung.....
Sukma berkata…
Bak Kata Tun Dr.M. kerajaan seharusnya hemah bila berbelanja, kena berjimat.....Zaman Najib nie banyak pembaziran, jamuan sana sini,
1 Malaysia sana sini....semua kos kita yg tanggung sebenarnya......