Kepadatan Stesen Minyak Pada Malam Tadi Di Bangi Seksyen 15 |
Tadi malam PM kita Dato Seri Najib telah mengumumkan kenaikan harga minyak efektif berakhir 2 Sept tengah malam ini.
Sudah tentu pelbagai reaksi yang akan kita lihat apabila pengumuman ini disiarkan. Yang pastinya akan keluar unsur-unsur negatif dari rakyat Malaysia.
Ini adalah tindakan rasional sebagai manusia dan rakyat, siapa yang suka harga minyak naik. Ada tak sesiapa yang melaung-laungkan sokongan apabila harga minyak naik. Itu orang gila ajer..hehehehehe.
Salah seorang yang melaungkan unsur negatif ini adalah aku...hahahahaha.
Namun terdapat beberapa maklumat yang saya perolehi bahawa kenaikan harga minyak ini berpunca dari unsur globalisasi dunia terutama kes Syria dan Mesir yang dianggap penyumbang utama kenaikan harga minyak sedunia..
Kenaikan harga RM.20 ini sebenarnya bukan satu isu yang aku bimbangkan tetapi impak terhadap harga barangan yang berkaitan terutamanya barangan keperluan awam. Itu yang aku bimbangkan.
Aku harap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang makanan seiring dengan kenaikan harga minyak ini.
Namun tadi PM kita juga mengumumkan penambahan tambahan BRIM pada 2014 ini untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan sederhana. Yang aku pasti ialah RM1200 seperti yang dijanjikan...
Ini yang aku menyampah dengan stail pemimpin kita ini, membuat alihan isu BRIM sebab kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini berlarutan dan BRIM yang diberi pula hanya sekali.
Jangkamasa panjang ianya bukan satu langkah yang baik. Kalau kerajaan nak naikkan harga minyak....kita pun bukan boleh buat apa. Tak perlu mengalihkan perhatian kepada isu BRIM pula.
Ini adalah strategi yang salah, kerana pembangkang dari gunakan satu isu pasal harga minyak naik dan kini mereka akan gunakan isu BRIM pula...Tengoklah nanti...!!!
Kan lagi baik terangkan dengan lengkap sebab kenaikan harga minyak dengan data dan logik. Stail yang digunakan ini tadi, stail 80an lerrr.....
Tapi yang pasti malam tadi aku nak tuang minyak tak kesampaian sebab stesen minyak penuh sangat. Malas aku nak beratur panjang-panjang....hahahahha.
Lagi pun kalau aku tuang penuh pun bukannya minyak tu boleh bertahan hingga hari raya tahun depan..ahaks.
24 Ulasan
saya pun setuju dengan pendapat ini.
risau nanti barang naik..huhu..
kena jaga amal ni..huhuhu..
epas nie tunggu je..harga gas masak dan TNB pasti naik..di ikuti harga barangan runcit....
# setuju, semlm berpusu2 nak isi minyak, bukannya bole berthn smpai tahun depan pun...huhu
Regards,
-Strider-
dalam 3 hari cepat je habis
aah..isu minyak naik demi kukuhkan ekonomi kita...akur
tp yg x syoknya nanti harga barang turut melambung sama...siap berkempen2 lg tu..hadoi..
br1m..indahnya andai utk semua org..tp hanya yg tertentu je dpt merasainya..huhuhu..nak jugak cover buat modal minyak naik tuuu...
1 Malaysia sana sini....semua kos kita yg tanggung sebenarnya......