UPSR Menjelma, Ibu Bapa Yang Panas Punggung.

UPSR Menjelma, Ibu Bapa Yang Panas Punggung.

UPSR
Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,965 pelajar menduduki peperiksaan itu di 247 pusat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Di jabatan aku, terdapat 5 rakan aku anaknya ambil UPSR tahun ini. Sebagai ibu bapa sudah mesti perhatian akan tertumpu pada anak yang akan ambil peperiksaan besar ini.

Ada rakan-rakan aku yang bercuti semalam dan hari ini pun ada yang bercuti untuk memberi semangat pada anak mereka.

Inilah semangat ibu bapa moden, anak-anak yang ambil peperiksaan, ibu bapa yang terlebih risau..hehehehee.

Dan semalam wife aku kata, kalau anak perempuan aku ambil UPSR lagi 2 tahun, dia nak cuti 3 hari supaya senang nak monitor dan support anak perempuannya iaitu anak aku ler tu..hahahahhaa.

Dunia sekarang ini, jika anak-anak ketinggalan dalam pelajaran agak sukar nak bersaing. Dahulu tak ramai yang pandai tapi zaman sekarang yang pandai ramai sangat, so persaingan untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik memang cukup panas!!!

Ibu bapa pun menjadi panas punggung untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka. Yang belum berkahwin mungkin pelik melihat perangai ibu bapa yang terlebih-lebih  ni...hehehehhee.

Tapi bila aku dah ada anak, baru aku tahu, harapan semua ibu bapa terhadap anak-anak memang cukup besar cuma mereka tak mengatakannya sahaja. Sebab tak mahu anak-anak mereka  stress...

Walau apa pun aku ucapkan semoga berjaya pada rakan-rakan aku yang anaknya ambil UPSR. Semoga anak anda berjaya dan score dengan cemerlang dalam peperiksaan besar ini.

Giliran aku lagi 2 tahun...huhuhuhuhuhu. Tak sabar rasanya ...hehehehehe.

Catat Ulasan

17 Ulasan

kebiasaannya macam tu lah...bila anak2 ambil exam parents yang tak senang duduk...ye lah anak kan?
Cik Nor berkata…
semoga smua berjaya dgn cemerlang..:)
haryati berkata…
good luck kpd calon upsr...
Bin Muhammad berkata…
Berbeza sungguh suasana peperiksaan dulu dan kini. Dulu2 selamba je mak dan ayah...paling tak pun marah2 suruh belajar...kini, mak dan ayah ikut sekali belajar. Persaingan semakin sengit mengubah suasana utk mendapatkan yg terbaik!
Unknown berkata…
moga adik2 dpt result cemerlang
Tanpa Nama berkata…
betul tu..anak dara kathy relaks jer..kathy yang panik..hehehe..masuk ni dah 2 org anak kathy ambik upsr..sorg tahun 2011...
MalizaMah berkata…
cikgu pun turun gementar juga..
Mummy MM berkata…
Biasalah tu. Neves dengan keputusan anak nanti.
Shaiful Zaidi berkata…
Doa ibubapa penting utk kejayaan anak2...

Good luck semua pelajar2 yg sedang menduduki UPSR.
Unknown berkata…
Kalau kakak saya, pensel semua nak ada bacaan ayat2..siap bg minum air bacaan lagi tuh
Zawiah berkata…
anak buah saya pun upsr juga ... cool jer dia . saya pesan dia baca surah insyirah
sitirohaida berkata…
skrg nie adik tengh exam utk upsr..akak dia pulak yg takut...harap dia boleh jawab soklan tu
Unknown berkata…
rasakanlah sendiri nanti debarannya... akak lagi 2 minggu.. aduih risaunya...
Carlos Santiago berkata…
hehe.. aku xde anak lagi. tak tau apa rasa
Cikrosecute berkata…
macam jiran sebelah rumah saya...anaknya UPSR,dia pulak risau..
Sukma berkata…
memang suspen bila anak exam.....pernah alaminya...
OKje berkata…
Prof Muhaya kata.....tak yah risau sangat kalau anak tak cemerlang akademik...yg penting solehah.... boleh gitu? Hehe