Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu.
Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,965 pelajar menduduki peperiksaan itu di 247 pusat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Di jabatan aku, terdapat 5 rakan aku anaknya ambil UPSR tahun ini. Sebagai ibu bapa sudah mesti perhatian akan tertumpu pada anak yang akan ambil peperiksaan besar ini.
Ada rakan-rakan aku yang bercuti semalam dan hari ini pun ada yang bercuti untuk memberi semangat pada anak mereka.
Inilah semangat ibu bapa moden, anak-anak yang ambil peperiksaan, ibu bapa yang terlebih risau..hehehehee.
Dan semalam wife aku kata, kalau anak perempuan aku ambil UPSR lagi 2 tahun, dia nak cuti 3 hari supaya senang nak monitor dan support anak perempuannya iaitu anak aku ler tu..hahahahhaa.
Dunia sekarang ini, jika anak-anak ketinggalan dalam pelajaran agak sukar nak bersaing. Dahulu tak ramai yang pandai tapi zaman sekarang yang pandai ramai sangat, so persaingan untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik memang cukup panas!!!
Ibu bapa pun menjadi panas punggung untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka. Yang belum berkahwin mungkin pelik melihat perangai ibu bapa yang terlebih-lebih ni...hehehehhee.
Tapi bila aku dah ada anak, baru aku tahu, harapan semua ibu bapa terhadap anak-anak memang cukup besar cuma mereka tak mengatakannya sahaja. Sebab tak mahu anak-anak mereka stress...
Walau apa pun aku ucapkan semoga berjaya pada rakan-rakan aku yang anaknya ambil UPSR. Semoga anak anda berjaya dan score dengan cemerlang dalam peperiksaan besar ini.
Giliran aku lagi 2 tahun...huhuhuhuhuhu. Tak sabar rasanya ...hehehehehe.

17 Ulasan
Good luck semua pelajar2 yg sedang menduduki UPSR.