Demokrasi Malaysia Kini Demokrasi Sarkas

Demokrasi Malaysia Kini Demokrasi Sarkas

Demokrasi Malaysia Kini Demokrasi Sarkas
Salam satu blogger. Tempoh hari saya ada membuat artikel mengenai Tujuan Anwar Bertanding Adun Kajang 2014. Mendapat satu komen yang mengatakan demokrasi Malaysia adalah demokrasi sarkas.

Sebuah perumpamaan yang menarik jika dilihat situasi semasa politik Malaysia terkini.
Demokrasi secara amnya ialah pemilihan seorang wakil dalam pemerintahan oleh rakyat.
Dimana wakil itu yang mewakili sejumlah rakyat yang mengundi dan menyokongnya akan menyuarakan kehendak rakyat.

Di Malaysia susunan wakil politik rakyat memang cukup cantik dimana wakil dalam negeri dipanggil ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan wakil di peringkat nasional dipanggil Ahli Parlimen.
Namun peliknya wakil-wakil politik Malaysia dibenarkan sesuka hati melompat parti dan meletak jawatan.

Yang terbaru wakil rakyat Kajang meletak jawatan semata-mata memberi laluan kepada pihak lain.
Beberapa tahun yang lalu pernah terjadi wakil rakyat lompat parti hingga pertukaran parti pemerintahan Dewan Undangan Negeri.

Lalu apa itu demokrasi? Rakyat dipergunakan setakat masa pilihanraya dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak berfungsi di negara ini.
Yang berfungsi hanya pertelingkahan kuasa sesama sendiri atau berlawanan parti.

Inilah politik Malaysia dan menambah pelik lagi, ramai rakyat menyokong sistem politik sarkas ni.
Rakyat!!!!!  Kuasa terbesar dalam demokrasi pun buta menyokong politik sarkas sebegini maka saya andaikan politik Malaysia kini semakin parah.

Saya melihat senario politik Malaysia sudah terkeluar dari nilai-nilai asas suci demokrasi.
Mungkinkah rakyat dan pemimpin negara ini tak memahami definisi demokrasi.
Atau sistem demokrasi buatan manusia ini telah gagal dalam abad ini.

Dimana sistem demokrasi ini mudah untuk dimanipulasi oleh pakar-pakar politik yang mempunyai kepentingan sendiri.
Dalam hal ini saya teringat kembali kepada sistem pemerintahan islam dan khalifah.

Dimana ahli-ahli sejarah barat mengatakan sistem khalifah islam adalah bersifat kuku besi dan sistem terbaik dalam pemerintah sesebuah negara ialah demokrasi.

Betulkah? Lihat senario politik sarkas Malaysia ni yang penuh dengan badut-badut sarkas memainkan peranan menghiburkan rakyat Malaysia.

Umur demokrasi Malaysia baru berumur 56 tahun tapi sudah mula menunjukkan sakitnya.
Bolehkah Malaysia bertahan sehingga 100 tahun jika senario politik Makaysia masih tidak berubah?

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mummy MM berkata…
Setuju dengan Abang Hanif. Dah tak tau dah nak percaya yang mana satu. Kerajaan dan pembangkang sama jew dua kali lima bagi saya.
Aimacomel berkata…
Itulah masalah negara kita bila pemimpin 2 nya bijak pandai. Amanah yg kita bg, itu cara yang dia balas. Apa pilihan yg kita ada?? Tunggu jelah PRU yg mendatang
Tanpa Nama berkata…
Pening kepala juga bila fikir politik ni.semakin rumit. :(