Cadbury, JAKIM Dan Kementerian Kesihatan

Cadbury, JAKIM Dan Kementerian Kesihatan

Cadbury, JAKIM Dan Kementerian Kesihatan
Pasal Cadbury Kementerian Kesihatan Dan JAKIM pula bertelagah...hehehehehhehe.
JAKIM beria-ria mengatakan Cadbury ini hala melalui sampel yang diambil terus dari kilang.

Manakala Kementerian Kesihatan pula telah mengambil sampel di pasaran dan mendapati ianya tidak halal.
Kedua-dua badan kerajaan ini memegang kuat hasil kajian mereka hingga kami rakyat disini pula pening kepala.

Masalahnya kedua-dua sampel itu melalui kajian saintifik cuma sampel yang diambil berlainan lokasi.

Inilah masalah paling bodoh pernah aku lihat...hahahahaha.
Katakan ler sampel kedua-dua pihak ini benar belaka. So persoalannya ialah:

a) Semasa sampel di ambil oleh JAKIM adakah selepas isu ini terbongkar? 
Mungkin mereka telah menggunakan bahan mentah yang baru tanpa diketahui oleh pihak JAKIM.

b) Adakah JAKIM telah menguji sampel yang berada di pasaran luar bagi membandingkan sampel di kilang Cadbury ? Ini penting kerana data Kementerian Kesihatan perlu dibandingkan jika JAKIM beria-ria mahukan kepastian.

c) Persoalan terpenting kenapa ujian Kementerian Kesihatan boleh menjumpai sampel DNA babi di coklat Cadbury. 
Kan lagi baik kalau JAKIM dan Kementerian Kesihatan duduk semeja dan selesaikan masalah ini sebelum buat kecoh diakhbar.

Pendek kata walaupun sampel coklat Cadbury yang diambil di kilang adalah bebas DNA babi tetapi kenapa coklat di pasaran luar mengandungi DNA babi?

Siapa yang patut kami percayai samada kata-kata JAKIM atau Kementerian Kesihatan.
Buatlah kajian saintifik pakai 7 QC tools ker....5 Why kerrr... 8D....hehehehehehe.

Cadbury, JAKIM Dan Kementerian Kesihatan

Jom baca artikel kat bawah ini JAKIM nak buat demonstrasi makan coklat Cadbury...hahahaha.

Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury.


Catat Ulasan

1 Ulasan

zam berkata…
mujur saya x brapa suka makan coklat, dulu ada juga beli jenama ni tapi lepas ni boikot seumur hidup, mkn jenama muslim jer