Kedai Affliate Menjana Pendapatan

Kedai Affliate Menjana Pendapatan

Kedai Affliate Menjana Pendapatan

Membuat kedai blogshop memerlukan kesabaran dan displin yang tinggi. Untuk peniaga online yang betul-betul berdisiplin adalah digalakkan membuat online bisnis dropship atau menjual produk anda sendiri.

Tetapi jika anda seorang yang sibuk tetapi inginkan pendapatan melalui perniagaan online digalakkan menyertai online affliate.

Tetapi masalah bidang affliate ini ialah ia bergantung pada komisen yang kecil sahaja iaitu setiap produk anda memperolehi 6% - 10% sahaja.

Selain itu bidang affliate ini juga terdiri dari pelbagai teknik penjualan dan salah satunya  anda harus menjual satu produk sahaja. Dan ini bukanlah kepakaran aku sebenarnya..hehehehhee.

Sebagai contoh produk e-Qurban yang menjual daging lembu untuk korban dan aqiqah. Dan ramai yang telah berjaya menjual produk e-Qurban ini hingga boleh menjangkau 4 angka sebulan.

Selain itu bidang afflliate yang lain ialah memberi penjual opsyen menjual beratus-ratus jenis produk milik mereka.


Sebagai contoh ialah Lazada, Zalora atau Luxola yang mempunyai beribu-ribu produk dan anda boleh memilih mana-mana produk yang anda mahu untuk di jualkan.

Inilah kegemaran aku dan aku memilih Lazada sebagai affliate pilihan aku kerana ia menjual semua produk dari kecantikan hinggalah alat elektrik.

Dan bukan mudah perjalanan untuk mendapatkan komisen pertama anda. Aku bermula dalam bulan September 2013 dan kini barulah merasa komisen jualan affliate aku ini.

Benarlah apa yang dikatakan oleh blogger-blogger otai affliate, untuk terjun dalam bidang blogshop online ini, anda mesti mengetahui ilmu SEO walaupun sedikit. Dan tidak jemu belajar dan belajar mendalami ilmu bisnis online ini.

Kedai Affliate Menjana Pendapatan
Dan kini setelah 2 bulan, kedai blogshop SHOP OF LINDA mula menjana pendapatan setiap bulan.Walau pun tidak banyak tetapi jualan tetap ada dan ia semakin meningkat setiap bulan.

Apa yang pelajari dalam bidang affliate ini, anda harus pilih produk yang mempunyai sales yang tinggi dan biasanya sales yang tinggi ialah dari barangan elektronik seperti handphone atau gadget yang pelik-pelik.

Aku sesekali masukkan juga produk-produk sedemikian tetapi disebabkan blogshop aku ialah blog kecantikan untuk wanita, mahu tak mahu terpaksa masukkan produk kecantikan juga,...heheheh.

Jangan tamak nak pilih produk terbaik sahaja, kalau tak blogshop anda akan menjadi caca marba. Pelanggan mesti kepala bila masuk kedai anda. Kata jual produk wanita tetapi jual mainan dan barangan elektrik.... Anda mesti kekal dengan niche blog anda!!!

Selain itu tumpu pada satu jenis syarikat affliate sahaja. Dulu aku join Lazada,Zalora dan Luxola dalam satu blogshop. Aku tak mampu nak kemas kini setiap produk terbaru dari syarikat terbabit. Kini aku hanya tumpu pada Lazada sahaja.

Lagi mudah dan fokus. Aku mengetahui promosi terbaru Lazada dan masukkan ke blogshop aku. Dulu aku selalu tersasar hingga promosi tersebut tamat..

Lazada sekarang ini agak bagus kerana setiap bulan ada sahaja promosi dan ini merupakan kelebihan untuk penjual affliate. Dimana kami juga mempromosikan kempen mereka dan sekaligus menjual produk top sales.

Jik dilihat pada graf diatas menunjukkan dalam bulan May sahaja terdapat 180 sales yang aku buat tetapi confirm komisen akan dikira pada bula hadapan. Manakala pada bulan April aku membuat sales 45 sahaja dan confirm komisen ialah 19 sales. Pada bulan March pula confirm komisen ialah sebanyak 11 sales.

Peningkatan jualan dari bulan ke bulan menunjukkan blogshop SHOP OF LINDA milik wife aku semakin dikenali oleh pembeli online.

Kenapa mereka harus ke kedai aku padahal mereka boleh ke laman web Lazada sendiri. Inilah persoalan yang aku sendiri tak boleh jawab..hahahhahaha.

Mungkin aku hanya menjual top seller produk sahaja dan memudahkan pembeli membeli produk itu sendiri.
Atau kekuatan SEO aku semakin baik seiring dengan usia blogshop ini yang telah diindeks oleh enjin pencari.
Atau aku kerap pingkan setiap produk SHOP OF LINDA ke laman-laman ping/facebook/twitter/Google +.
Atau aku melakukan perubahan dalam templates blogshop aku.

Apa yang aku ingin simpulkan di sini ialah jika anda bercita-cita ingin meniaga bidang online. Anda amat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memakan masa yang cukup lama apatah lagi jika membuat blogshop tanpa mengeluarkan modal membeli domain atau hosting sendiri.

SHOP OF LINDA bukannya menjana beribu-ribu pendapatan sebulan...Tidak....!!! Untuk dapatkan beratus-ratus ringgit sebulan pun belum tercapai..hahahahaha.

Tetapi yang kita mahukan ialah peningkatan dari bulan ke bulan setelah bebebebeberapa bulan tiada sales...hahahhahaha.

Jika anda mempunyai blogshop....dan tiada sales....Sabar dan sabar..
Apa yang pelajari dalam bidang online ini ialah semasa aku membuat blog Hanif Bin Idrus ini ia memakan masa 2 setengah tahun sebelum aku mencapai cita-cita mendapatkan 2000-3000 pageview sehari.. 2 setengah tahun!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan