Bermaksud ura-ura mengatakan penjualan rokok elektronik tidak sah hanyalah satu polimik apabila KPDNKK telah mengatakan mereka tiada kuasa dalam menghalang penjualan rokok elektronik ini.
So adalah lebih rasional jika kita hisap rokok elektronik daripada menghisap rokok tak sah yang dijual dipasaran. Merokok Rokok Tak Sah boleh menyebabkan anda di tangkap dan didenda tapi rokok elektronik anda bebas tanpa apa-apa dakwaan...emmmmmm..
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap penjualan rokok elektronik (e-rokok).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, bagaimanapun tindakan boleh diambil sekiranya terdapat aduan berkaitan penyalahhgunaan jenama terhadap bahan perisa yang dijual.
"Dari segi penjualan kita tidak mempunyai kuasa. Isu ini lebih tertumpu kepada Kementerian Kesihatan untuk melihat kesan penggunaan e-rokok terhadap pengguna," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri anjuran Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) di sini hari ini.
Selain itu, katanya, pihak polis pula sedang menyiasat dakwaan penggunaan e-rokok berperisa ganja.
Terdapat juga aduan mengatakan bahan perisa yang dibenarkan seperti oren dan tembikai telah disalahguna apabila ada pihak yang mencampur bahan larangan.
Katanya, agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu melihat daripada semua sudut dan berbincang bagi mendapatkan keputusan bersama demi kebaikan semua pihak.
Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa e-rokok yang mengandungi ekstrak ganja dan ketum sebagai bahan utama
![]() |
Fakta Yang Salah |
0 Ulasan