Jenis Aduan Terhadap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Jenis Aduan Terhadap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)


Semalam aku ada membuat beberapa aduan terhadap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang mempunyai perkhidmatan kualiti yang teruk



Adakah aku berdendam dengan Syarikat Air Melaka Berhad ( SAMB). Sudah tentu tidak, kewajaran aku membuat segala tindakan ini adalah satu teguran dari seorang rakyat biasa dan yang penting menyelesaikan masalah ibu aku yang stress dengan sikap kualiti kerja pekerja SAMB.

Jika anda berada di situasi kami sudah tentu anda akan marah dan hilang kepercayaan kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Masalah ini seakan tiada penghujungnya dan sebagai rakyat biasa kami menggunakan segala media yang ada untuk mengemukakan masalah kami.

Dan aku menanti dengan penuh sabar akan impaknya terutama melalui aduan di Portal Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sendiri. Adakah sistem aduan itu akan memberi kesan kepada kami. 

Atau sistem aduan itu hanya sebagai topeng kononnya mengambil berat secara serius masalah kami ini dan menambah baik perkhidmatan agensi kerajaan Melaka secara khususnya.

Di bawah adalah beberapa aduan yang aku gunakan dan juga blog ini.
Dan rakan aku juga ada tagkan blog aku kepada rakannya yang bekerja di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). 


Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Media Portal Aduan Melaka

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Media Aduan SAMB

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Media Blogger 

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Media Facebook 


Catat Ulasan

0 Ulasan