Perkhidmatan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Mengecewakan

Perkhidmatan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Mengecewakan

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB
Tanah mendap dan pecah
Semalam aku ada hantar email kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berkenaan kebocoran paip utama berdekatan rumah ibu aku.

Tiga kali dikorek namun keesokkannya hasil tetap mengecewakan. Memang aku cukup benggang dengan kualiti kerja SAMB.

Mak aku kata yang datang ramai tapi yang buat kerja sorang. Biasalah tipikal sistem kerja orang gomen.

Tapi yang melihat pun kena verified samada kerja yang dilakukan itu baik atau tidak. Ini hanya melepaskan batuk di tangga...!!!

Pendapat peribadi aku, pihak managemen Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ingat anak buah dia buat kerja tapi kerja yang dilakukan tak betul. Data tunjukkan sehari ada 15 pembaikan tapi satu pun tak baik...hihihihihi.

Inilah yang berlaku pada AUWA syarikat elektronik Jepun. Data ditunjukkan kualiti cantik, rupa-rupanya semua masalah disorok dalam karpet.. Akhirnya lingkup syarikat itu.

Memang Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) takkan tutup sebab ianya perkhidmatan utama tapi sambil lewa pihak operasi SAMB akan menyebabkan kos operasi meningkat dan kehilangan air bersih.

Sebab itu selalu syarikat gomen tak pernah untung. Inilah sebabnya!!!!

Aku harap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) cepat berubah ler...boss besar sesekali turun padang ler... Jangan bila dah rugi, kau orang naikkan kadar bayaran tarif air dengan alasan kos operasi meningkat.

Padahal air banyak yang bocor, kalau kes macam aku ni ada 30 tempat. Kiralah berapa banyak kau orang rugi.

Check ler kerja anak buah kau orang. Kami orang awam ini dah cukup terseksa melayan karenah birokrasi ini. Buat kerja dengan ikhlas dan rezeki pun akan berkat.

Nasib baik aku tak tahu no telepon Idris kalau tak memang aku sms kat dia.


Jom layan email yang aku hantau kat SAMB. Aku ada letak no tiang elektrik berdekatan kawasan bocor tu.

Alamat dan no telepon aku padam ler..

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB
Longkang yang retak 
Salam SAMB ADUAN,
Saya bernama Hanif Bin Idrus ingin membuat berkenaan kebocoran paip utama di kawasan rumah saya.

Untuk pengetahuan pihak tuan, sudah 3 kali pihak SAMB datang baiki paip di kawasan ini namun ianya tetap bocor keesokan harinya.

Malah setiap kali mereka datang, mereka akan korek lubang dan lubang makin besar.

Longkang batu berhampiran rumah saya hampir roboh kerana air sentiasa keluar dari  dalam tanah.

Saya amat memohon jasa baik pihak tuan memantau aktiviti pembaikan yang dilakukan oleh kakitangan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Sebagai contoh tiga kali pembaikan  dilakukan dengan kehadiran mesin pengorek dan beberapa alatan tapi keputusan tetap gagal.

Pihak SAMB setiap hari kehilangan air bersih akibat kebocoran ini.

Pihak SAMB kehilangan kos dan tenaga kerja membuat perkara yang sama tapi hasilnya gagal.

Ketidakpercayaan kami terhadap pihakSyarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kerana tidak mampu menyediakan tenaga kerja yang kompenten menangani isu kecil ini.

Disini saya sertakan gambar serta maklumat kawasan rumah saya.

Harapan saya dengan belas ihsan pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dapat menyelesaikan masalah kami.

Saya yakin pihak managemen SAMB sentiasa kehadapan dalam membaiki perkhidmatan anda. Jika tidak, masakan aduan kami sebanyak 3 kali dilayan.

Namun, pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) terlepas pandang segelintir  kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan amat mengecewakan.

Terima kasih.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB
No Tiang rumah Aku 

Catat Ulasan

0 Ulasan