Para peniaga di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, Mara Digital Mall di seluruh negara akan turut menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sama seperti Mara Digital Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian telah memutuskan untuk memberi sewa percuma itu sama seperti diberikan kepada bakal peniaga di Mara Digital Mall di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall di Damansara, kedua-dua mall itu akan dibuka pada masa yang terdekat ini," katanya pada sidang media di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan, ia bukannya layanan istimewa kepada para peniaga seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.
0 Ulasan