
Semua pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak hiburan Korea sepanjang 60 hari menerusi akses percuma ke semua saluran tersebut termasuk Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395) mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2016.
Pelanggan NJOI juga berpeluang menikmati semua drama popular Korea sepanjang akses percuma saluran Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395), yang merupakan sebahagian daripada Korean Pack.
Peminat drama Korea pastinya teruja apabila saluran KBS World (CH 391, HD CH 392) dan One HD (CH 393) akan menampilkan lebih banyak judul drama popular dan terkini seperti ‘Uncontrollably Fond’(KBS World), ‘Doctors’ (One HD) dan ‘W’ (Oh!K HD) yang disiarkan pada hari yang sama dengan tayangan perdananya di Korea.
Peminat hiburan Korea juga boleh menonton tvN untuk pelbagai lagi rancangan hebat seperti ‘Three Meals a Day’, ‘Friends over Flowers’ dan ‘Get It Beauty’, acara muzik bertaraf dunia serta produksi yang dilakonkan bintang-bintang hebat, istimewa untuk penonton-penonton di Asia.
1 Ulasan