Calon 2016 UPSR 3A Layak Masuk MRSM

Calon 2016 UPSR 3A Layak Masuk MRSM

Calon 2016 UPSR 3A Layak Masuk MRSM
Berita baik untuk pelajar UPSR tahun ini, dimana jika dapat 3A layak masuk ke MRSM.

Majlis Ama­nah Rakyat (Mara) melonggarkan syarat kemasukan pelajar lepasan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2017 iaitu 3A dan 3B bagi calon Semenanjung Malaysia manakala 3A, 2B dan 1C bagi calon Sabah dan Sarawak.

Selain syarat minimum akademik yang diubahsuai, pengambilan pelajar ke MRSM pada tahun ini turut memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang miskin bandar dan luar bandar serta peribumi Sabah dan Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pengubahsuaian sya­rat kemasukan ke MRSM itu dibuat berikutan keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan pengurangan pelajar yang mendapat semua A.

“Mengambil kira keputusan UPSR baru-baru ini, Mara membuat pengubahsuaian kelayakan minimum kemasukan pelajar tingkatan satu MRSM 2017 dengan syarat minimum keputusan 3A dan 3B bagi calon Semenanjung Malaysia manakala 3A, 2B dan 1C bagi calon Sabah dan Sarawak,” kata beliau selepas merasmikan majlis Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sini semalam.


Catat Ulasan

0 Ulasan