Admin hari ini akan memberitahu secara terperinci bagaimana mengira keuntungan bila berniaga di Shopee terutama untuk seller-seller yang menggunakan perkhidmatan dropshipping ditambah apabila seller membuat iklan seperti keywords ads atau discovery ads.
Masalah utama untuk penjual seller yang menggunakan perkhidmatan dropshipping ini ialah margin keuntungan adalah ciput iiatu sekitar 20 - 30 %. Seller tidak boleh naikkan harga kos sehingga 50% kerana persaingan harga di Shopee di Shopee memang cukup hebat apatah lagi produk serupa memang cukup ramail menjualnya.
Admin mengambil langkah mudah dengan mengambil margin keuntungan 27%.
Perkara pertama seseorang seller sebelum menjual produk, anda kena tetapkan margin keuntungan anda dan dalam kes admin ialah semua produk 27%. Setel!!
Kedua, seller kena ketahui kos-kos tersembunyi apabila membuka kedai di Shopee ini. Ada beberapa kos tambahan yang perlu seller fikirkan:
1. Kos transasksi- ini wajib bayar iaitu 2%
2. Jika seller join program free shipping dan 10% cash back - kena bayar shopee 7%
3. Jika anda membuat iklan- berapa kos dari permulaan anda beriklan sehingga kini.
4. Jika seller sertai campaign Shopee seperti shocksale sehingga memberi diskaun tambahan, pun kena ambil kira produk mana yang terlibat dalam kempen tersebut.
Seller kena ambil tahu semua kos sebelum memberi harga murah di Shopee. Kebanyakan seller baru suka merosakkan harga di pasaran dengan mengambil keuntungan yang terlalu minimum sehingga rugi.
Jom kita kira kos produk anda. Admin tak masukkan tax perkhidmatan kerajaan 6% . Itu tak per lain kali kita cerita.
Seller selalunya mengalami margin keuntungan yang teruk jika sertai program free shipping Shopee terutama dropshipping kerana kos shipment kita tak uruskan. Saya ada membuat artikel tentang ini. Tapi suka atau tak suka, seller kena join program ini untuk dapatkan perhatian pelanggan.
Pada gambar di atas. Anda dapat melihat item 1 iaitu kos iklan Keyword ads saya ialah RM0.49
Manakala di item 2 ialah harga kos sebenar produk admin yang menggunakan dropshipping dengan margin 27%.
Yang paling penting ialah kos Shopee termasuk kos service dan fee transaksi yang kaut 9% keseluruhan kos produk anda!!! Pastikan kos anda masukkan 9% ini. Tapi jika anda tak join program Shopee, anda hanya kena 2% jer ler.
Melalui keseluruhan kos, admin untung RM10.23 untuk satu produk tanpa membuat apa-apa kerja dimana kesemuanya adalah full automatik. Kalau nak tahu tentang dropshipping ini dapatkan E-Book percuma admin disini.
Inilah cara pengiraan ringkas samada produk anda merugikan atau tidak?
PERKARA kedua seller kena ambil tahu ialah kos iklan terutama bila pakai keyword ads. Iklan keywords ini memang best beri traffic ke kedai anda tapi pada masa yang sama ia sedut duit anda. selalu check kos yang tinggi setiap produk. Di Shopee anda boleh analisa kos iklan anda, kalau iklan tersebut merugikan tutu ajer atau kemaskini kata kunci anda. Nak belajar tentang kata kunci. Klik sini
Selalu target untuk dapatkan sales setiap hari di Shopee jika anda membuat iklan. Tujuan iklan berbayar sudah tentu mahukan conversion yang baik kan. Takkan buat iklan untuk buang duit..Kalau tak rugi beb!!
TETAPI terdapat cara mudah bagaimana anda boleh mengira kos Shopee anda dengan menggunakan formula ultimate kami yang telah kami buat untuk anda.
DAPATKAN SEKARANG EXCEL PENGIRAAN KAMI
PENGUMUMAN TERBARU 2022:
0 Ulasan