KESILAPAN DALAM KEYWORD SHOPEE

KESILAPAN DALAM KEYWORD SHOPEE

Admin pernah menulis bahawa kalau anda buat iklan di Shopee sebaiknya jangan pakai Keyword Ads.

Ada 2 sebab admin terangkan iaitu niat jahat pesaing yang sengaja klik iklan anda hingga anda kena bayar iklan setiap perklik dan kedua kata kunci Shopee agak mahal dan salah pilih boleh bankruptcy tanpa jualan.

Namun tidak boleh disangkal kata kunci melalui Keyword ads di Shopee memainkan peranan yang amat penting.

Kegunaan kata kunci Keywords ads ialah jika seorang pengguna mencari pencuci muka maka ia akan taip pencuci muka, dan pelbagai lagi.

So anda akan pilih keyword jangkaan pengguna samada secara auto oleh Shopee atau anda boleh tambah secara manual.  Tapi jika anda tambah secara manual ada kata kunci yang amat mahal terutama yang bersifat umum. Jika pilih secara manual pilih kos yang rendah atau ubah kos tersebut.

Manakala untuk auto selection , matikan sahaja pakai manual keywords.

Cuba lihat gambar dibawah ni.


KESILAPAN DALAM KEYWORD SHOPEE

KESILAPAN DALAM KEYWORD SHOPEE


Kesilapan gambar ini menunjukkan pemilihan keyword yang salah.
Pertama harga keyword yang dipilih hingga ada kos per-klik ialah melebihi RM1.00 dengan kata kunci yang tidak kena amengena iaitu expandable kitchen yang terlalu umum padahal anda menjual rak.

Metod memilih kata kunci yang baik ialah memilih kata kunci yang akan ditaip oleh manusia. Bayangkan anda adalah pembeli dan apa yang akan taip jika nak beli rak sinki. Anda akan taip sinki?

Bukan, anda akan taip panjang, rak sinki mudahalih atau rack expandable for kitchen . Pengguna tidak akan mengguna satu kata kunci tetapi akan mengguna banyak kata kunci atau dalam SEO kita panggil long tail keyword. 

Cari kata kunci yang mempunyai dua atau lebih kata kunci jika anda hendak cari secara manual dan biasanya ia tidak mahal. Kata kunci single biasanya mahal seperti rak, kitchen atau sinki kerana kata kunci ini adalah kata kunci umum tetapi tak berguna pada kita.

Bayangkan pembeli menaip sinki dan iklan anda keluar tetapi pengguna nak mencari sinki bukan rak anda. Rugikan !!!

Pemilihan kata kunci memerlukan latihan yang banyak dan saya akui anda akan rugi pada mulanya tetapi dengan artikel ini anda tidak selalu rugi ler..hahahahah sebab anda dah ada pengetahuan.


Pada gambar diatas dengan kata kunci yang betul anda akan mendapat sales yang baik dengan kadar kos iklan yang murah. Dengan kos RM9.30, saya mendapat jualan 2 produk saya dengan sales RM138. Katakan 1 produk margin untung RM20 dan dengan 2 produk margin untuk saya RM30. 

Tolak dengan fee Shopee saya dapat ler dalam RM20 sebagai contoh. Jualan di Shopee jangan harap nak kaya apatah lagi kalau anda masuk program dia yang kenakan sehingga 9% lagi ciput tapi anda tetap ada keuntungan. 

Sentiasa periksa jumlah margin keuntuingan dengan kos iklan serta kos-kos tersembunyi. Kalau tak buang masa sahaja.

Anda kini dah faham bagaimana membuat kata kunci mengguna Keyword ads  Shopee. Tapi sekalii lagi jika anda beginner dan modal sedikit saya amat saran guna sahaja Discovery ads buat sementara.

Iklan wajib kena buat kalau nak expose kedai anda tetapi slow and steady. 

MAHU HILANGKAN BLACKHEAD/WHITEHEAD.
MAHU SERIKAN WAJAH YANG BERJERAGAT..
JOM KE KEDAI KAMI DI SHOPEE
MILK PUDDING EXFOLIATOR  -Penyelesai Masalah Wajah Anda



Catat Ulasan

0 Ulasan