SHOPEE ADS ANALISA UNTUK SELLER AGAR TAK RUGI

SHOPEE ADS ANALISA UNTUK SELLER AGAR TAK RUGI

 

SHOPEE ADS ANALISA UNTUK SELLER AGAR TAK RUGI

Di shopee terdapat 2 jenis ads yang disediakan iaitu Discovery Ads dan Keyword Ads. 

Discovery Ads Shopee  akan siarkan iklan anda di 3 tempat utama di Shopee. Yang paling power ialah Similar Product dimana iklan anda akan terpapar dibahagian bawah produk carian. . Admin ada membuat artikel lengkap tentang Discovery Ads

Kegunaan kata kunci Keywords ads ialah jika seorang pengguna mencari kata kunci di Shopee maka produk anda akan dipaparkan. Admin ada membuat srtikel mengenai Keywords ads ini

Admin tak mahu menulis lagi apa itu Discovery Ads dan Keyword Ads. Anda boleh membaca artikel yang kami sediakan.

Jom mari lihat gambar di atas ialah kos penggunaan iklan selama 3 hari kedai Shopee kami. Dimana kami menggunakan kedua-dua Shopee ads ini. Jika dilihat Keywords ads memakan wang yang lebih banyak dari Discovery ads.

Kos iklan selama 3 hari mengguna Discovery ads ialah RM0.90 dan keyword ads ialah RM11.79 sahaja. Jumlah keseluruhan ialah RM12.69.

Persoalan sekarang adakah kos iklan anda balik modal atau rugi? Ini yang harus anda kaji jika membuat iklan. Ada iklan produk langsung tak laku walaupun jumlah klik yang tinggi.

SHOPEE ADS ANALISA UNTUK SELLER AGAR TAK RUGI
Selama 3 hari jualan produk ialah 2 produk sahaja. Dan secara kasar margin keuntungan 2 produk ini ialah RM22++ selepas tolak kos Shopee yang wajib anda ketahui yek. Kalau tak tahu baca artikel ini. Keuntungan kedai Shopee ini ialah RM10 sahaja. 

Jika dilihat salah satu produk bukanlah berpunca dari iklan yang admin buat tetapi carian organik oleh pembeli.  Walau bagaimana pun ia tetap dikira sebagai jualan. 

BAGAIMANA UNTUK ELAKKAN KERUGIAN SEMASA MEMBUAT ADS DI SHOPEE ADS

Anda kena sentiasa melihat kos dan jualan anda adakah seiring jika membuat iklan. Pastikan semasa membuiat iklan terutama keyword ads hanya produk yang terbaik atau margin untung yang baik atau tinggi.  Sebab kos keywords ads ini tinggi. 

Manakala produk-produk yang lain semua pakai Discovery ads sebab kosnya amat rendah iaitu RM0.04 sahaja. Tetapi admin tinggikan sedikit ke RM0.07 kerana iklan Keyword ads admin tak banyak.

Dari masa ke semasa lihat performance iklan di Keywords ads dan jika kosnya meningkat tetapi tiada jualan maka tutup sahaja iklan tersebut. Jangan buang masa bayar iklan yang tiada sales.

Lihat kembali keyword yang anda gunakan, jika perlu kurangkan keyword yang banyak klik tetapi tiada jualan. Padamkan.

Inilah cara melihat atau analisa secara keseluruhan kos ads anda. Adakala rugi dan adakala untung banyak atau pada minggu ini untung RM10 jer..ahahahaha.

Walaupun rugi pada minggu tersebut tetapi minggu hadapan sales melonjak dan jika dapat cover loss minggu hadapan maka teruskan iklan tersebut. Pendek kata jangan rugi jika buat iklan. Dan iklan yang rugi sentiasa updated dengan keywords yang lebih baik dan murah.

Anda akan kata untung RM10 jer, biasalah kerana kedai ini adalah kedau baru admin buka. Maka kedai baru buka dah ada jualan. Kira baguslah... Jangan terburu-buru mengejar keuntungan hingga anda rugi. Slow and steady !!!



Catat Ulasan

0 Ulasan