BERAPA BUDGET UNTUK IKLAN SHOPEE ANDA SETIAP BULAN.

BERAPA BUDGET UNTUK IKLAN SHOPEE ANDA SETIAP BULAN.

Admin acapkali memberitahu dan
BERAPA BUDGET UNTUK IKLAN SHOPEE ANDA SETIAP BULAN.

Berkali-kali admin memberitahu iklan adalah wajib untuk memastikan produk anda dijual di marketplace.

Dengan Shopee Ads menggunakan kata kunci dan Discovery Ads, kedai anda berpotensi berada do kedudukan pertama dalam carian Shopee atau berada di muka pertama halaman Shopee.

Jika anda tidak beriklan, siapa kenal anda dan tiada istilah pencarian organic atau SEO di Shopee jika anda mahukan kedai anda maju dan berjaya.

Kenapa iklan penting. Pertama melalyi iklan di Shopee anda sebemarnya bukan menjual produk tapi sebenarnya anda mencari trafik.

Melalui traffic ini, pelanggan akan datang ke kedai anda dan tidak semestinya mereka akan membeli produk yang anda jual tetapi kemungkinan besar mereka akan tertarik dengan produk-produk lain.

Kedua untuk mendapatkan status algoritma dari Shopee dimana jika kerap pelanggan ke kedai anda dan tumpuan ke produk yang anda iklan. Produk tersebut akan berpotensi diletakkan di halaman pertama Shopee.

Ketiga melalui iklan, keutuhan kedai anda yang kerap keluar melalui kata kunci memberi keyakinan kepada pelanggan. Dimana pelanggan akan terfikir, kekerapan muncul kedai ini melalui kata kunci bahawa kedai ni bagus!!! Perlu diingat pelanggan bukan tahu anda beriklan dan bukan tahu apa itu kata kunci. Hanya seller jer yang tahu.

Maka anda perlu konsisten mempunyai budget untuk setiap kedai anda. Mesti ada satu kos tetap untuk kedai anda.

Jangan sesekali buat iklan tanpa ada budget tetap kerana kadangkala kita terlalu eksited dan terlebih kos beriklan dan akhirnya merugikan anda.

Melalui budget tetap iklan, jika pertengahan bulan ini budget habis. Stopkan dahulu dan kemudian bulan depan baru buat iklan baru.

Pada bulan berikutnya anda tentu tak mahu jadi macam bulan lepas kan. So anda akan belajar kawal budget iklan anda.

MELAINKAN anda terjumpa winning produk dan hendak fokuskan pump maximum produk tersebut. Itu cerita lain yek..

Berapa budget bulanan anda untuk kedai Shopee anda. RM50 sebulan, RM100 sebulan. Terpulang pada anda kerana yang penting hujung bulan setelah tolak kos iklan pastikan ada untung!!!! Betul tak..

Untuk admin yang baru buka kedai. Permulaan hanya RM50 sebulan dan kemudian perlahan2 naikkan lihat situasi. Jika sesuatu produk tu sales OK, admin focus pada produk itu dan 70% budget bulan ni  mungkin pada produk tersebut.

Anda boleh tentukan sendiri pembahagian budget tetap anda.

Dan terkini, admin ada jumpa winning produk dan admin budget RM300-RM500 untuk produk ini bukan sahaja iklan di Shopee ads tetapi termasuk di FB ads. Budget ini adalah lain dari budget kos iklan tetap admin.

Penjualan produk winning admin tidak masukkan dalam kos budget tetap.  Tetapi  sudah tentu produk-produk lain akan mendapat tempias dengan trafik yang tinggi dari iklan winning produk admin. Itu bonus ler..hehehe.

Seller semua, berapa budget anda. Adakah selama ni budget bulanan anda mendatangkan hasil  dari segi keuntungan. 
Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan