Google Plus VS Facebook

Google Plus VS Facebook

Google Plus
Semenjak menjadi penunggu hospital ini , dengan terbatasnya aktiviti blogwalking disebabkan handphone yang "canggih"  ini. Aku menumpukan topik pilihan aku iaitu Google Friend Connect ini. Aku rasa dalam minggu depan aktiviti blogwalking aku akan lebih tersusun setelah mak aku sihat.
Jom baca tentang musuh tradisi ini...

Tertarik melihat perkembangan terbaru perhentian perkhidmatan Google Friend Connect.
Perhentian perkhidmatan GFC menandakan betapa seriusnya Google dalam menaikkan taraf Google Plus. Dan usaha mematikan Facebook. Projek Google Plus yang bernilai 500 juta serta kerja keras selama 1 tahun membuktikan persaingan network sosial yang sengit.

Google tahu pada masakini FB menguasai 90% laman sosial dunia web selain Twitter. Manakala web 2.0 yang lain seperti MySpace, Friendster, Grouply umpama melakut di tepi gantang. Google tahu dengan memusnahkan FB bermakna lengkaplah dominasi Google serta mendapat pulangan berbillion dollar. Malahan tak salah saya katakan jika Google Plus berjaya secara tak langsung Google akan monopoli dunia laman sesawang !!!!

Jika dilihat aplikasi Google Plus hampir sama dengan FB. Cuma membezakan hanyalah nama aplikasi. Sememangnya Google Plus adalah ciptaan secara terangan Google menentang FB. Tapi FB tidak berpeluk tubuh sahaja, pelbagai aplikasi seperti Timeline dan kerjasama dengan syarikat gergasi seperti Skypad menandakan peperangan telah bermula. Dan anda pasti mendapat tempiasnya.

Dan kini Google seolah memaksa pengguna blogger menggunakan Google Plus dengan menghentikan perkhidmatan Google Friend Connect. Dan pengguna blogger yang menggunakan platform percuma ni saya cadangkan kita ikuti perkembangan ini dengan teliti. Walau apa yang berlaku samada siapa yang menang kita sebagai pengguna tetap mendapat kebaikan habuannnya

Cuma tugas anda kini perlu menjadi pendahulu mendapatkan habuannya. Terpulang pada anda samada nak memihak FB atau Google Plus. Atau kedua-duanya. Saya cadangkan kepada pengguna blogspot letakkan widget Google Plus di blog anda. Cepat letak!! Sekarang ni pun di Web Master Tool di blogspot pun dah ada metric Google Plus..hehehe.
Dan sekali lagi saya katakan untuk menjadi pendahulu buatlah segmen " Jom Ramaikan Follower Google Plus"...hahahaha

Catat Ulasan

4 Ulasan

Miss Purple Ungu berkata…
mujur la dah join google plus awal2 lg hehe :)
Tanpa Nama berkata…
hhhhihoh semua mas pakai..hihi
Azlan Strider berkata…
1st sekali aku doakan semoga ibu cepat sembuh ye..utamakan dia dulu..bw nanti2 pun boleh..hehe :)

2nd aku rasa cabaran utama G+ adalah nak menarik orang yang tak mempunyai google account utk pakai G+..Sebab tu skit2 google try inter grate account dia..hehe

Regards,
-Strider-
MalizaMah berkata…
G+ ni tak aktif sgt leeza.......