Adam Dan Hawa Astro Dalam Erti SEO

Adam Dan Hawa Astro Dalam Erti SEO

Adam Dan Hawa
Kisah yang tengah meletup sana sini dan ramai blogger sekarang ini bercerita tentang  Drama Adam dan Hawa.

Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)

Dibintangi oleh Aaron Aziz yang aku tahu semua wanita mengilai lakonannya yang sentiasa menjadi apabila bab sedih-sedih ini...hehehehhee
Aku konpem pasti kau orang menangis depan TV bila lihat Aaaron kesedihan..
Dan tak dilupakan juga para lelaki macho yang cuba menahan air mata. Jangan tipu aku ler...aku hampir nak ternangis masa menonton Ombak Rindu tempoh hari. Aaron ini kalau berlakon bab caring-caring ini memang menjadi. Hawau betul dia tu ( Itu pujian cara orang Melaka..hehehehe)

Aku bukan nak cerita pasal cerita ini tapi pasal keyword Adam dan Hawa ini. Sekarang ini keyword terlaris dalam carian Google ini ialah Adam dan Hawa di Malaysia. Dan aku lihat ia menjadi popular dikalangan entri para blogger dari masa ke semasa. Buat masa sekarang ni , aku lihat  traffic blogger yang membuat entri tentang Adam dan Hawa ini menjadi entri popular. So inilah masanya untuk rakan-rakan blogger membuat satu entri simple yang ada tajuk Adam dan Hawa ini untuk berkongsi hot keyword ini. Dan mana tahu, ketika mereka membuat carian di Google dan URL anda keluar. Huyoo..baru best!! Tapi keyword ini kau kena bijak susun..

Tapi jangan buat entri macam aku, ini buatlah tajuk:
Adam Dan Hawa Sinopsis
Adam Dan Hawa Episod
Adam Dan Hawa di Astro
Adam Dan Hawa Popular

Fikirkan kemungkinan-kemungkinan  keyword yang mungkin orang akan tulis untuk cari maklumat tentang cerita ini. Dan lepas tu kau tulis macam aku tulis samada puji, kutuk, sinopsis atau asal novel ini.....hehehehe
Selamat mencuba untuk mereka yang tengah kering idea....hahahahhaha.

Sinopsis
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

Entri berkaitan: Download dan Tonton Adam Dan Hawa

Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
tip yg bagus!! boleh try lepas nie..:D
Unknown berkata…
memang tengah hot drama nih!aaron aziz memang menjadi ah kalo bawak watak romantik!=))))
Hey B! berkata…
kwn2 semuma duk tergilakan citer nie... Hahaha
Unknown berkata…
best adam ngan hawa nie.....
cuma remy tak sempat nak follow selalu..... mana yg sempat jer....
amranaiman berkata…
sambil2 memberi tips smbil mndptkan seo :)
Cikrosecute berkata…
memang sweet cerita nie..