Jom Main Mesin Judi

hanifidrus
Salam satu blogger. Tajuk kali ini tentang judi yang semakin berleluasa. Iaitu mesin judi dahulunya dikenali mesin kuda.
Kali ini tentang tajuk entri yang pernah aku buat dulu iaitu Mesin Kuda. Dan malangnya setelah sekian lama berkubur ianya muncul kembali tapi kali ini dengan kegilaan Mesin Judi Monyet dan Mesin Judi Rolex.

Dan melalui risikan aku pertumbuhan mesin-mesin judi di Melaka tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Dan rakan-rakan pembaca tentu tertanya mungkin Hanif main mesin judi ini kot. Sebenarnya aku tak main tapi aku punyai rakan-rakan yang  main. Ini ceritanya...

Tempoh hari rakan aku datang  ke rumah,
Aku berkata " Wah!! lama kau menghilang tak nampak bulu hidung"
Rakan aku berkata " Aku sekarang busy!!!"
Aku bertanya lagi " Apa yang kau busykan"
Rakan aku dengan bangganya berkata " Aku sekarang main mesin judi bro"

Aku diamkan diri sahaja mendengar katanya, kerana 3 minggu lalu dia ada ajak aku main mesin judi. Aku tak mahu ikut. Dia kata kita "charge" kepala sekali-sekala tapi aku malas nak ikut.

Rakan aku berkata lagi" Kau tahu tak dalam masa sebulan ini aku menang dah dekat RM2000".
Aku jawab " Terer kau main"
Dia jawab lagi " Tak susah main Nip, kau kena baca ajer dan guna modal yang besar gak... Kalau kau kalah RM300 kau main lagi. Konpem kau menang punya."

Sambil hisap rokok sebatang dia terangkan kat aku bagaimana dia main mesin judi monyet dia dengan istilah helang dan fire monkey dia. Aku diam dan anggukkan kepala..hehehe

Dia berkata lagi " Jom Nip, ikut aku malam ni. Kali ini tokey tu kata dia buka 24 jam. Jom lah.. Bawa RM50 ajer suka-suka."
Aku jawab "Malaslah, lain kali aku ikut kau"
Semasa nak balik dia ingatkan aku , minggu depan kalau nak ikut telepon dia. Aku anggukkan kepala aku...hihihihi

Apa yang dapat kita pelajari dalam hal ini?
Pertama aku sepatutnya tegur dia kan!! Mengikut pengalaman aku ada 2 jenis manusia yang tak boleh tegur walau pun salah iaitu manusia yang bercinta dan manusia yang main judi. Kau cakaplah apa pun, memang tak jalan punya.. Tah-tah kau yang busuk nanti.

Kedua ialah dari suka-suka nak main judi 3 minggu lalu kini dah jadi penghuni tetap mesin judi tu. Kerana kau dah menang kan. Kesimpulannya benda yang tak baik jangan dicuba, kalau dah terpengaruh habislah.!!

Ketiga, ialah pengaruh rakan. Rakan sekeliling kita membentuk kita menjadi baik atau jahat. Macam sekarang ini rakan aku ini dah mula membebankan aku. Aku terpaksa jauhkan diri buat sementara hingga datang kesedaran dia nanti. Mengikut pengalaman aku betapa baik pun kau, kalau kau bergaul dengan rakan yang kurang sihat AKU JAMIN, pasti kau pun akan terpengaruh satu hari nanti...

Aku ingat dah tak lalui/dengar benda-benda macam ini lagi, rupanya ada juga member aku yang dah lewat umur ini masih nak mencuba lagi benda sebegini...hemmmm.
Dah lah bro, kita bukan remaja belasan tahun  lagi yang dulu kita hendak mencuba semua perkara. Kita dah tua bro, cukup-cukup ler.




15 comments:

Anisa Anuar said...

moga dia serik main nanti... mintak dijauhkan kenalan rapat saya terjerebak dgn benda alah ni

Cikgu Ma said...

judi canggih...

Mrs Velentine said...

xyah nak berjinak2..kalau dh terkenan mmmg payah..

Raudzah Zahari said...

Ini yang dikatakan peminat judi tegar..and ramai melayu yang join benda-benda macam ni...nak kaya cepat..camne tu..

hainom OKje said...

Baguslah Nip kalau ada kesedaran....kena bersyukur tu dgn hidayah yg Allah bagi..... tak mudah tau nak memiliki nur itu....

Apa pun, kalau mampu, nasihat, kalau tak mampu jugak benci dalam hati pun dah cukup....kita doakan semoga dia sedar nanti ek!!!

hainom OKje said...

Baguslah Nip kalau ada kesedaran....kena bersyukur tu dgn hidayah yg Allah bagi..... tak mudah tau nak memiliki nur itu....

Apa pun, kalau mampu, nasihat, kalau tak mampu jugak benci dalam hati pun dah cukup....kita doakan semoga dia sedar nanti ek!!!

tirahzairi said...

eee...xde keje lettew main bnda tue...huhu

shaiful zaidi said...

Katakan tidak pada judi...

Syamil Ramli said...

kalo dh jadik taik, sampai ke mati la main judi..adoyai..bala bala bala...

LiNda said...

ermm..dah berumur pun nak main judi lagi. takpela doakan yg terbaik utk kawan bro hanif tu. Kalo boleh kite jgnla terjebak sekali, insyaallah tegur2 la dia nnti.

Azlan Strider said...

sebenarnya kalau citer pasal orang main judi nie tengok sejauh mana "tahi" dia terhadap judi bro..aku ade kenal a few kaki judi memang tahap dewa-dewa nie..dorang susah untuk ditegur melainkan kalau dorang tengah datang dan mengadu tengah kalah judi..kalau dorang belum kalah apa yang kita cakap semua masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..hehe

Regards,
-Strider-

kay_are said...

mesin ape tu? aku dulu mase kecik2 suka main mesin tikam tu je tapi dah besar takde dah

wantie said...

saya doakan agar kawan kamu tu diberi hidayah dan kesedaran dari Allah...amin..

tu la, dah berumur sudah sudah le. kalau yg tua tunjuk teladan yg mcm ni. generasi muda apalah lagi..

Bagus... suka sangat sebab kamu tak ikut jejak langkahnya. ingat anak isteri yob! ups... ingat Allah.

miz ruha said...

pengaruh rakan...

Anonymous said...

Taukey judi biasanya cina, kalau yg jaga kedai dia upah org melayu sbb nak tarik anak-anak melayu ikut main judi. Penguat kuasa dibayar untuk melindungi kedai secara bulanan. Kalau dibiarkan ia berleluasa, maka akan timbulah masalah kes penyamun dan peragut.