Entri Berkualiti Tiada Kaitan Dengan SEO

Entri Berkualiti Tiada Kaitan Dengan SEO

blog
Hari ini nak bercerita tentang kualiti pula...Ramai yang mengatakan post yang berkualiti haruslah mempunyai SEO yang baik seperti heading tag, alt image dan macam-macam lagi yang aku pun bosan nak menyebutnya..hahahhahha.

Intinya jika dalam dunia blog,  rahsia utama ialah membuat entri yang berkualiti kerana ia merupakan rahsia no 1 dan sampai  bila-bila pun tak akan mati !!!
Walau pun anda tidak mempunyai ranking yang baik dalam dunia Pak Google setidak-tidaknya anda telah berusaha membuat entri yang benar-benar bermanfaat kan.

Ketika ini anda tengah pening tentang SEO, pedulikannya!! Cuba membuat entri yang berkualiti, unik dan relevan dengan situasi sekarang.
Entri kali ini tidak mahu membincangkan tentang SEO.
Tetapi mempunyai pendekatan lain melihat apa itu entri yang berkualiti?

Bagaimana kita mengatakan entri itu berkualiti. Sudah tentu terdapat pengiraan tertentu untuk mengatakan entri anda ini berkualiti.

blogDalam bidang SEO untuk mencapai pagerank, dengan berat hati saya mengatakan . Entri tidak kena mengena langsung dengan pencapaian pagerank anda.
Walau pun ada tapi saya secara serius mengatakan ia memberi 25% sahaja.

Buktinya saya telah membuat eksperimen dengan menggunakan Bloglist Hanif Idrus dan mendapat PR2.  Tanpa entri tapi dengan mengurangkan external link dengan mendadak.
Membuat "no-follow" pada external link. Kadeboommm...PR2...hahahahahahaha.
Baiknya pagerank adalah bergantung pada SEO anda.!!

Oleh itu apa yang membuat entri anda berkualiti jika bukan SEO.
Pertamanya adalah trafik atau pageview. Entri yang berkualiti ialah entri yang mempunyai pembaca. Itulah blog yang berkualiti.

Tapi berapakah kuantiti pembaca yang sesuai sebagai penanda entri anda berkualiti?
1000 pageview, 100 pageview atau 10 pageview untuk satu entri?
Pada saya anda menentukan target itu sendiri dari bilangan yang rasional hingga ke target yang anda mahu.

Kedua ialah jumlah komen yang anda terima. sama sahaja seperti diatas
Berapakah kuantiti komen yang sesuai sebagai penanda entri anda berkualiti?
1000 komen, 100 komen atau 10 komen untuk satu entri?
Pada saya anda menentukan target itu sendiri dari bilangan yang rasional hingga ke target yang anda mahu.

Kualiti sesebuah entri blog tersebut secara rasionalnya akan bertambah seiring dengan pengalaman dan pengetahuan anda. Dan jumlah trafik dan komen rasionalnya akan semakin bertambah.

 Jika kadar pembaca dan komen anda lama semakin kurang ini menandakan entri anda mempunyai masalah dari segi:
a) Idea tulen
b) Kajian
c) Dari segi penulisan grammar yang lintang pukang..hehehehe.
d) Tiada gambar “A picture can Say a thousand words.”
e) Keyword atau tajuk

Aikk!! keywordkan sebahagian dari SEO. Saya katakan tadi SEO mainkan peranan dalam entri yang berkualiti seperti loading time yang pendek, image yang bersaiz. Ini semua adalah asas-asas SEO. Kita tidak boleh ketepikan dalam pembinaan entri.

Adakah pengukur dunia dalam melihat kualiti entri anda. Ada!!!
Iaitu ranking Alexa. Alexa adalah satu pemboleh ubah yang menilai trafik anda. Lagi banyak trafik lagi kurang Alexa anda. Lagi baik  maksudnya.

Melalui entri yang berkualiti. Dan saya pernah sendiri melihat beberapa blog yang mempunyai SEO yang hampeh!! Tapi mampu memperolehi PR yang baik!!

Mesti ramai blogger SEO akan mempertikaikan pendapat saya ini.  Saya tahu inilah realiti!!
Pagerank bukanlah kerana bukan entri anda terbaik atau berkualiti!! Tetapi SEO anda yang baik.
Tapi bila difikirkan kembali, itulah tujuan blogging iaitu membuat entri yang terbaik dan berkualiti.
Bukannya mengejar SEO semata-mata...

Tetapi jika Alexa dan pagerank anda baik. Saya terpaksa tabik pada anda. Kerana pengetahuan SEO anda dan penulisan anda layak dipanggil blogger berilmu. Atau ramai kata blogger otai.
Seperti biasa blogger kegemaran saya ialah Denaihati atai Ariiffshah.

Jangan suka-suka panggil orang itu blogger otai. Lihat dahulu PR dan Alexanya. Jika PR3 sepatutnya Alexa haruslah dalam 100, 000 ke bawah. Tapi jika PR 3 tapi Alexa 1,000,000...emmmmm..
Itu standard-standard kita...ehhehehhehe.

Kalau kamu ada perniagaan, kalau nak letakkan banner iklan. Lihatlah dahulu Alexanya kemudian baru tengok PRnya..

Inilah entri yang bisa membuat blogger-blogger lain marah pada saya..hehehehhehe.
Jom kita beramai-ramai menjadi blogger berkualiti.

Tapi jangan salah faham pula. Blogger hanif kata tak payah belajar. SEO tetap kena belajar. PR tetap kena kejar. Tapi jangan terlalu obses hingga lupa apa definisi blog itu sendiri. Entri yang berkualiti!!!

Saya sampai sekarang pun masih belajar SEO tapi masih lagi PR1. Bloglist tu cuma eksperimen membuktikan PR boleh dibeli tanpa entri...hahahahhaha.








Catat Ulasan

22 Ulasan

ayusyuhara berkata…
honestly saya tak kisah pun..saya menulis blog hanya sekadar suka2 dan terapi utk diri sendiri..tp bila ada yg membaca itu satu bonus utk menambah bilangan pendapat org yg ada..itu juga 1 terapi..apapun terpulang pd pendirian masing2 kan..utk apa dan mengapa penghasilan sesuatu blog itu..kualiti atau tidak hanya blogger jerk yg menentukan.. :)
Paly berkata…
pening nye, berbelit2, hahaha.. atas ckp pr bergantung pada seo, bwh seo lemah tapi pr tinggi.. tak paham, srry, huhu

domain berbayar, crawled, pinged, senang nak naik sampai pr4 walaupun takde entri.. bende ni tak perlu nak heboh2 kot

senang cakap, entri berkualiti ramai yg datang bace, google recog page tu dan crawl, pr naik, seo mningkat.. entri berkualiti paling penting ^^

pr dan seo saling mmbantu, bukan seo baik pastu pr meningkat

# bg pendapat jer, mane yg betol terpulang pade pembace :)
Unknown berkata…
tak kisah lah, ada komen ke tak, pageview tinggi ke rendah yg penting dpt menaip dan buat entry kat blog. Sbb dpt asah bkat yang terpedam. uisehhh. hehhe
THE AUTHOR berkata…
hahahhahha,,,
Betul-betul Paly..
Peningkan..
Sebenarnya saya nak jelaskan entri yang berkualiti boleh memberikan PR yang baik.

Tetapi PR bukanlah pemboleh ubah yang bagus mengatakan blog anda berkualiti dari segi entri.

Blog yang berkualiti adalah blog yang memperolehi PR dan Alexa yang baik.

Entri ini bertujuan menerangkan SEO sebenarnya hanyalah satu teknik mendapatkan PR. Tapi bukannya entri yang berkualiti..

JIka anda mempunyai trafik yang baik tapi PR rendah ..you are still the best.

Tapi kalau u dapat kedua-duanya ...you the great!!
Admin berkata…
Sebuah penulisan yang baik, seperti kata Paly .. ada betulnya. Apapun, teknik SEO itu akan jadi sendiri jika tahu menulis entri berkualiti dan baik, kerana untuk menulis sebuah entri yang ada kualiti mesti ikut standard tertentu terutama dari segi penyampaiannya - perenggan, tajuk kecil, tajuk utama, kata kunci dan sebagainya.

Izzat Eshak berkata…
Entri yang baik. Congrats bro!
Seharusnya penulisan lebih berkualiti

Tumbuh bak cendawan blog copy paste surat khabar online tanpa ulasan sendiri =)
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI,
Boleh percaya ke semua ni...Bila saya register jer dgn Alexa, PR saya 2 juta lebih...tapi x sampai 3 bulan dah bawah 500K dan skrg ni blum sampai 5 bulan dah bawah 200K. Kenapa penurunan begitu mendadak? PR tetap 1 dari mula lagi. Entri tetap tema yg sama, tanpa bantuan SEO...Cuma pelik juga trafik dari Google memang bertambah giler2 sejak bulan lepas. Jadi dimana relevennya PR, SEO, Alexa serta entri berkualiti...semakin pelik dan pening dgn benda2 ni semua tapi seronok utk dikaji dan dipelajari. Tuan sila jawab...
wantie berkata…
adoi...pening. tak pernah pun ambil pusing ttg seo ke pr ke. hentam kromo je.

tak marah aih..
Unknown berkata…
susah jugak nak layan SEO nie ye bro.......kalau mcm remy yg memang tak pandai nie.... just buat entry ikut suka aje la.......
Unknown berkata…
Trimas bro hanif.. bookmark entry ni untuk rujukan akan datang.

Hootoh Blog dah hampir 5 bulan usianya. Masih jauh untuk jadi otai, hingga hari ni, masih petai
zaxx berkata…
betol2 ..entry berkualiti sebenarnya dapat memenuhi maksud sebenar dunia blogging..:)
Unknown berkata…
Terima kasih en.hanif...entry yg cukup beerti utk blogger baru macam sy...∩__∩
Shaiful Zaidi berkata…
salam Hanif...terima kasih. byk dpt ilmu pagi ni.
Unknown berkata…
Bergantung pada niat seseorang apa tujuan sebenar ia berblogging.Kalau setakat ikut ikutan sahaja ,tak perlu kot gabra mengenai hal hal SEO ni melainkan ia berblogging untuk meenyampaikan ilmu yang perlu dikongsi bersama.
Mummy MM berkata…
Saya dah ikut nasihat Abang Hanif pasal 'no follow' tu tapi kenapa perlu letak macam tu erk? Kadang-kadang saya rasa macam malas nak klik 'no folow' kalau saya bagi external link yang banyak. Tapi dah Abang Hanif cakap macam tu, saya klik jer lah.. Huhu..

Saya target setiap entry saya dibaca 30 kali jer. Maklumlah, blogger biasa jer kan. Newbie. Tapi alhamdullilah PV lebih tinggi dari target saya. Maybe sebab saya rajin blogwalking kot. Saya tak pandai bermain dengan keyword.

Pasal komen pulak tak menentu. Sekejap banyak, sekejap sikit. Tapi saya dah berusaha membuat entry yang memudahkan blogger tinggalkan komen macam yang Abang Hanif bagi tau hari tu.

Thanks for the tips. Nanti bagi2 lagi erk.. Hihi..
Blog Santai berkata…
Menarik isu ni untuk di fahami..memang ada sedikit penin, tapi rasanya entry berkualiti memang berbaloi..coz nak menghasilkan entry berkualiti ni bukanlah mudah..and those yang ada seo knowledge memang ada advantage...dua-dua penting in conclussion kan..
Unknown berkata…
nice hanif
mmg sedikit berbelit2 memahami entry ni
alhamdulillah..perkongsian yg baik
menambah pengetahuan ilmu di dada
moga kita semua bakal menjadi penulis berkualiti..errr...sy ker jgk? hehe
Unknown berkata…
malas nak fikir sangat bab2 SEO nih...
Cikgu Ma berkata…
sekarang menulis bila ada mood ja...x tau la, sebuk dan pening...hehe
Mia Kassim berkata…
Berblog hanya sebab minat tetapi punya pembaca yg setia merupakan satu bonus...x lah syok tulis dan baca sendiri.....
Unknown berkata…
aku pun ada blog yang tak ada entri tp PR1 yang ada dalm tu photo pada theme saja.
Amir berkata…
malangnya kalini PR sudah dead, tidak lagi digunakan oleh Google.sudah tiada update dari mereka