Hanif Idrus Blog Kena Malware Ping.Busuk

Hanif Idrus Blog Kena Malware Ping.Busuk


Nasib baik aku check blog aku malam ini. Kalau tak memang hancus traffic aku..hehehehehe
Lepas baca Malware tu punya reminder rupanya Ping.Busuk banner adalah pembawa Malware.

Terpaksa ler aku buang banner ping.busuk dari blog aku ini. Lagipun Ping.Busuk sekarang ni memang tengah banned blog aku ini...hehehhehe. Sebabnya aku mengiklan Shop Of Linda dalam blog ini..hahahaha.

Tapi aku memang terhutang budi pada Ping.Busuk kerana ia telah menyumbang banyak trafik pada blog aku sebab tu aku simpan banner ping.busuk walau pun aku kena banned. Lagi pun ia salah aku kan..hahahahhaa.

Salah satu cara nak lihat blog anda kena Malware anda boleh kunjungi :




Sekarang ni dah OK...hehehehheeh
Kalau anda kena Malware jangan panik yek...sekarang ni macam-macam teknologi yang boleh kita guna untuk atasi masalah ini.

Satu lagi masalah Malware yang mungkin aku akan hadapi ialah image di blog aku kebanyakkan aku guna teknik hotlinking. Atau cara kasarnya aku ambil URL image blog orang aku masukkan ke blog aku....ahaks.

Ini kalau kena memang payah, sebab aku kena check satu persatu..huhuhuhuhuhu

Aku harap admin Ping.busuk dapat menyelesaikan masalah mereka ini secepat yang mungkin. Ramai yang akan membuang ping.busuk banner ni kalau ia tak diatasi secepat mungkin.

Biasalah sifat manusia, kalau dah buang terlupa nak letak balik..ahaks..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tedi {interpretZZ} berkata…
Tedi pun terkena tadi. Tedi perasan sebab Tedi pembaca setia blog Tedi sendiri.. hihihi...