Negara maju dan negara membangun

Negara maju dan negara membangun

Episod 1
Salam sejahtera kepada semua. Topik hari ini saya ingin mengulas tentang perbedaan negara maju dan membangun. Telah 6 tahun (sejak 2004) saya memerapkan artikel ini kerana tiada peluang untuk berkongsi ilmu. Kini sudah ada blog, inilah peluang berkongsi ilmu.

Semalam saya ada membaca satu artikel negara Thailand menghadapi kesukaran meneruskan projek mega lapangan terbang yang bernilai RM16bilion disebabkan kekurangan dana. Ini merupakan slah satu contoh yang jelas keadaan kewangan negara membangun.

Mari kita lihat status kewangan Amerika yang begitu utuh. bayangkan belanjawan ketenteraan sahaja untuk tahun ini berjumlah hampir 1 trilion. belum lagi termasuk hal-hal yang lain.

Kadangkala saya tertanya begitu kaya Amerika ini hinggakan kita tidak mampu walau secalit pun untuk menandinginya. Di sini saya ingin jelaskan satu bukan hegemon kepada Amerika malah saya jijik melihat cara hidup yang tersasar Amerika. Tapi mahu tak mahu kita terpaksa mengakui bahawa mereka ini memang KUAT!!!
Kenapa mereka kuat? Pertamanya saya jelas lihat ialah sistem kerajaan yang begitu lama dan  establish. 
Berapa lama mereka sudah merdeka emmm!!! 400 tahun. Jangkamasa yang begitu lama sudah tentu mampu membina sistem yang kuat. Secara amnya sistemnya semakin membesar dan dalam sesuatu kerajaan apabila sistem itu membesar bermakna ianya semakin tersusun!!

Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan apabila sistem itu membesar ianya sukar dikawal. Tetapi ianya terpaksa kerana apabila semasa lama kerajaan itu semakin pelbagai isu-isu yang wujud. Contohnya ialah hak-hak buruh, hak wanita dan pendidikan yang pada masa lalu tidak diambil kira. Contoh paling jelas ialah Malaysia yang pada mulanya hanya mempunyai lima kementerian dan kini berbelas kementerian. Kenapa kementerian ini bertambah, paling logik ialah wujudnya isu-isu baru dan memantapkan sistem itu sendiri. 

Keduanya ialah jumlah penduduknya yang besar. Dalam perkiraan ekonomi apabila sesebuah negara itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi maka akan mewujudkan pasaran yang lebih besar. Sebagai contoh Amerika mempunyai kepadatan penduduk 210 juta orang. Amerika pada masa kini dengan hanya memasarkan barangan dalam negeri sahaja sudah boleh menampung projek meganya dan ini belum dikira lagi dengan kutipan cukainya yang efisien. 

Mengikut pengamatan saya hanya terdapat dua benua sahaja di dunia sahaja yang mana-mana produk dijual kepada mereka akan memberi pulangan yang tinggi. Pasaran mereka amat penting  kerana kemampuan kewangan penduduk mereka yang mampu membeli barangan mereka. Dua benua itu ialah Eropah dan Amerika Syarikat.

Kenapa Jepun dalam masa yang singkat mampu berkembang. Ini kerana pasaran utama mereka pada mulanya ialah Amerika dan kenapa Amerika memberi pelepasan kepada meraka. Berbalik kepada sejarah, mereka merasa bersalah disebabkan Perang Dunia Kedua. Dari pasaran Amerika sahaja mereka berjaya berkembang kepada dunia-dunia lain dan kini mempunyai syarikat MNC(Multi Nasional Corporation). Bayangkan jika Malaysia diberi pelepasan menjual kereta nasional di Amerika?

Dari contoh diatas jelas memperlihatkan jumlah penduduk memainkan peranan yang luas.Contoh yang saya beri hanyalah business yang dibuat oleh negara luar, apatah lagi jika penduduk tempatan Amerika yang menjalankan perniagaan tersebut. Sudah tentu dengan dasar kerajaan akan melindungi perniagaan tempatan. Contohnya ialah Microsoft, Giant, General Motor dan lain-lain. Syarikat ini semua adalah kini merupakan MNC.

Tetapi wujud satu lagi pendapat menyatakan kepadatan penduduk tidak semestinya menjadikan negara itu maju. Contohnya Negeri China, India dan Indonesia  yang penduduknya hampir atau lebih daripada Amerika tapi tidak menjadi maju. Kenapa? Persoalan yang mudah tapi akan dijawab dalam mail yang lain.
Terima kasih kerana semua relax jap group membaca mail saya ini. Dan untuk Episod 1 ini  jika ada komen saya alu-alukan.

Catat Ulasan

0 Ulasan