Mendapat pertanyaan dari rakan blogger tentang spam. Dia ada membaca satu entri saya iaitu Bloglist Hanif Blog Hantu/Spam
Spam yang sebenar-benar definisi adalah lambakan maklumat yang sama ke Internet dengan memaksa seseorang membacanya secara paksaan. Kebanyakkan spam adalah berdasarkan iklan perniagaan seperti skim cepat kaya atau produk yang mengarut...hehehehhee.
Sebenarnya spam ini terdapat 2 kategori iaitu " Usenet Spam" dan "E-mail Spam".
Usenet Spam ini menghantar mesej lebih daripada 20 ke usenet group.
E-mail spam pula target pada individu direct e-mail.Tiap-tiap hari dia hantau kat kau e-mail produk dia dan adakala yang jahat ini hantau sekali beribu-ribu e-mail spam sampai komputer kau jammed. Ini kita panggil hacking bodoh lak..hehehehehe.
Tapi dalam penerangan saya, blog spam adalah berbeza dengan maksud spam itu tersendiri. Sekarang ini definisi spam semakin luas. Dulu spam hanya berkisar tentang e-mail atau usenet sahaja kini ia melibatkan blogger, shout box spam dan lain-lain . Dan intipatinya telah berubah dari menghantar sesuatu maklumat yang berterusan untuk memaksa anda membacanya IANYA JUGA bertujuan meningkatkan teknik SEO ( Search Engine Optimizer).
Dalama penerangan saya ini, saya telah banyak kali disoal mengenai bloglist saya yang dianggap sebagai blog spam.
Apa itu Blog Spam. Sebuah blog yang tidak mempunyai apa-apa maklumat untuk dikongsi bersama. Ianya hanya bertujuan mengarahkan traffic ke blog-blog tertentu.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan backlink blog domainnya dengan membuat beratus-ratus blog spam dan semua blog ini diarahkan menuju ke blog domainnya.
Cara yang dibuat adalah seperti meletakkan URL blog domainnya di blog spam dan apabila Si Spider ini crawl ke blog spam ini akan terus menerjah ke blog domain.
Blog Spam ini adalah blog yang tidak aktif.
Dan ini adalah tindakan yang tidak disukai oleh Pak Google.
Walau bagaimana pun sekarang ini Pak Google telah upgrade sistem aplikasi dengan menggunakan Google Panda nya yang boleh mengesan blog-blog spam ini yang tidak membuat apa-apa entri atau mencopy entri dari blog domain yang lain.
Secara automatik , jika anda yang memahami konsep SEO sudah pasti akan menerjah bloglist saya sebagai blog spam. Dan secara relatifnya, ianya adalah benar!!!!
Pertama bloglist saya tidak mempunyai mempunyai apa-apa entri untuk dianggap sebagai blog.
Kedua ianya juga dilihat memberi backlink kepada blog domain saya.
Tapi jangan lupa bloglist Hanif adalah bloglist yang amat aktif, saya berani memberi jaminan kepada mana-mana blogger yang berada dalam bloglist saya pasti akan mendapat kunjungan dari saya. Jangan tipu kalau kata saya tak menjengah blog anda dari bloglist saya. Dengan syarat anda kena sentiasa updated entri anda pasti saya akan datang . Kalau anda updated blog anda 3 minggu sekali maka saya akan datang 3 minggu sekali. Kalau anda upadated tiap-tiap hari saya akan datang tiap-tiap hari. Dan kalau anda tak updated melebihi 4 minggu maka saya kan keluarkan anda dari bloglist saya..hahahahahaha.
Selain itu bloglist Hanif ini amat berbeza kerana ia menggunakan konsep teknik blog dalam blog.
Teknik blog dalam blog bermaksud Blog Utama anda mempunyai sub-blog yang menyokong blog utama anda.
Saya ingin memberitahu bahawa tidak semua blogger akan mendedahkan benda ini kerana impaknya agak tinggi dalam memajukan blog utama anda.
Kepentingannya ialah:
a) Ingin mengasingkan traffic aplikasi blog anda.
b) Buat bloglist
c) Elakkan dofollow
d) Buat Laman Lain
Nak fahami lebih lanjut boleh baca link kat situ...kekekkeke.
Saya harap pertanyaan dari rakan blogger tersebut telah terjawab dengan baiknya. So definisi spam sekarang semakin berkembang dari masa ke semasa. Ianya tidak terhad terhadap e-mail sahaja tetapi seperti saya katakan ianya melibatkan SEO.
Contoh yang saya berikan adalah berdasarkan bloglist saya.
Jika anda seorang yang benar-benar berhati SEO, sudah tentu anda akan kata Bloglist Hanif ini adalah Blog Spam. Dan sudah tentu saya sukar menentangnya atau menidakkannya kerana ciri-ciri bloglist saya memang ujud sebagai Blog Spam.
Namun janganlah kejam sangat, saya tak der choice sebab bloglist saya beratus-ratus so terpaksa saya letakkan dalam satu laman lain.
Dan saya sedaya upaya atasi kelemahan ini dengan mengaktifkan bloglist saya ini.
Dan saya akui komen-komen dalam blog saya bertambah adalah kerana saya sering blogwalking di bloglist saya ini.
Ini saya namaka Win-Win situasi...anda dapat traffic dan komen dan saya sebaliknya juga..
So anda semua dah faham maksud SPAM ini. Mesti ada yang tak paham pasal term-term yang saya sebutkan tadi. Tapi tak per. Setiap term yang anda tak paham saya dah linkkan ke entri yang bercerita tentang term-term tersebut..
Siapa suruh tanya pasal SEO ini. Aku kalau SEO ini memang tengah frust sangat sebab dah 2 kali Google updated Pagerank dia tahun ini. Aku masih tak naik-naik...huhuhuhuhu
Updated peserta segmen " Hanif Idrus Segmen Terjah" kini telah melebihi 40 orang dalam masa 3 hari. Jom join segmen ini untuk menambahkan rakan-rakan.
Kepada yang telah join sekali lagi saya ucapkan terima kasih.
17 Ulasan
nak tanya ni....
SPAM ni kira virus jugak ke???
SPAM : Sapa Pukul Aku Marah.
bagus la ada masa nak terjah blog dalam bloglist.. aku mmg tak terkejar, i wish i have more time huk huk..