Hanif Bloglist Tak Mesra SEO

Hanif Bloglist Tak Mesra SEO

bloglist
Mendapat satu komen tentang Hanif bloglist yang dikatakan meletakkan bloglist rakan-rakan blogger ditempat lain padahal blogger lain meletakkkan URL saya di blog mereka. Adakah cara ini betul atau tidak?

Perkara sedemikian saya pernah terangkan dalam entri Hanif Bloglist Blog Hantu. Saya tahu satu hari nanti seseorang pasti akan menegur teknik yang digunakan oleh saya ini .Perkara ini tidak perlu saya terangkan lebih lanjut lagi jika anda membaca entri saya yang lepas ini.

Blogger di dunia ini terdapat 2 jenis yang minat SEO dan minat traffic. Dari segi SEO adalah 99% Hanif Bloglist tidak memberi pulangan dalam backlink yang berguna kepada SEO anda pada amnya. Tapi anda tetap mendapat 1 backlink cuma pagejuice tak cantik ajer. Sebab itu dalam entri yang terdahulu saya ada membuat Cabaran Hanif Bloglist PR1 .

Dan pada pertengahan bulan February ..memang Hanif Bloglist mendapat PR1. Tetapi apa silapnya tetiba aku  kehilangan PR1 pada awal bulan March. Penat aku ubah header PR1 dan letak pagerank widget di bloglist aku. Tapi aku masih tak putus asa dan tidak mengubah status kedudukan header aku yang masih bertulis PR1.. sebab di pagerank widget aku bertulis “?”, kalau tak der pagerank ia bertulis “0”.
Saya juga pernah membuat entri tentang kepelikan Hanif Bloglist yang PRnya tak muncul-muncul. Saya langsung tidak menyembunyikan atau cuba membohongi rakan-rakan blogger.

Dan saya masih lagi yakin dan berusaha untuk mendapatkan PR1 pada bulan Jun ini. Insyallah…Pada dasarnya untuk mendapat PR1 tidak begitu susah cuma untuk bloglist ini agak susah kerana external link terlalu tinggi. Aku hanya harapkan ping2 yang aku buat ke laman-laman ping akan membantu…

Tapi pernah saya katakan , Hanif Bloglist ini adalah asas kepada saya untuk blogwalking samada kau tak jenguk blog aku pun aku datang ikut turutan abjad yang aku buat. Dengan syarat anda mesti updated blog anda ler..Itu sahaja. Kalau anda updated 2 minggu sekali maka aku datang 2 kali dalam sebulan lerr…Kalau langsung tak updated berbulan-bulan kena tendang ler..kekekeke.

Selain itu tidak menjadi masalah aku nak letakkan bloglist rakan-rakan di blog ini tapi jumlah bloglist aku beratus-ratus dan mengikut abjad. So mustahil nak letak kesemua bloglist yang ada. Jika sekadar mahu letak tapi tak gunakan ia pun tak guna..

Melalui Hanif Bloglist inilah aku mendapat traffic yang agak baik setakat ini. Sehari traffic aku dalam 600 – 1000. Manakala komen tak bawah daripada 15 komen sehari. Kalau aku full swing blogwalking kesemua bloglist aku dalam 4 jam, komen boleh mancapai lebih 25 komen.

Saya mencabar kepada sesiapa adakah saya tidak pernah melawat anda yang tertera di Hanif Bloglist walaupun sebulan sekali. Dengan syarat updated blog..Itu saja saya minta…
Selain itu aku juga ada membuat entri kepada semua rakan ambil kesempatan ke atas Hanif Bloglist dengan blogwalking blog-blog yang ada di dalam tu. Ambil kesempatan bertukar bloglist dan follow mereka.

Saya mohon anda baca entri saya yang terdahulu tentang Hanif Bloglist. Saya memang cukup faham tentang backlink ini dan saya ada membuat entri tentang kepentingan bloglist bukan sekadar widget.
Saya harap rakan-rakan blogger memahami tentang Hanif Bloglist ini.

Pendek kata ini semua adalah teknik blog dalam blog. Ini adalah perkara biasa bila anda dah lama berblogging pasti anda mempunyai lebih dari satu blog untuk menampung keperluan blog utama anda.
Dah lama aku tak berbicara tentang SEO ini yek..hehehehehe

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mas ok je ^^
Aqmil Lambung berkata…
blogger otai ni hehehe..

lame aku x update blog aku...