Politik Malaysia cukup kech sekarang ini dengan isu perbalahan Mahathir dan Najib. Isu yang Majhathir rasakan sesuai disoal selepas Anwar dipenjarakan,
Aku telah baca beberapa blog politik dan bawah ini adalah senarai sebab Najib kena marah dengan Mahathir.
a) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura.
b) Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.

d) Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.
e) Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.
f) Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
g) Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.
h) Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah cabaran kepada pewakilan akar umbi menjelang Perhimpunan Agung Umno November ini,
i) Najib terlalu lembut dan lebih suka mendiamkan diri ketika berhadapan dengan masalah.
"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap... ada masalah tetapi tidak ambil tindakan.
j) Nurul Izzah dalam sidang media terbaru mengakui bahawa sebenarnya Najib Razak suatu ketika dahulu pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dengan syarat Anwar Ibrahim tinggalkan PR dan PKR.
ika aku ialah Mahathir, aku akan marah dengan Najib.
Jika aku ialah Muhyiddin Yassin, aku akan lebih marah lagi dengan tindakan Najib.
k) Tiada penyokong kerajaan yang acapkali memuji dan memuja Najib Razak tanpa menegurnya walaupun telah melakukan kesilapan, menyebabkan Tun Mahathir Mohamad serang Najib Razak.
l) Najib Razak melayan melayan tuntutan musuh termasuklah ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh sehingga menyebabkan jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng
m) Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.
o) Saya tidak setuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritiknya termasuk apa juga yang saya fikir memudaratkan negara.
0 Ulasan