Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh

Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang yang diadakan pada Khamis 7.5.2015  Calon PRK Parlimen Permatang Pauh
PartiJumlah Undi
Suhaimi Sabudin
Barisan Nasional (BN)-21475
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
PKR-30316
Azman Shah Othman
Parti Rakyat Malaysia-101
Salleh Isahak Bebas -367
Undi Rosak -843 

PKR berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8841 undi menerusi calonnya iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mengalahkan tiga pencabar dari wakil BN, BEBAS dan PRM pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini

Keputusan rasmi dan pemenang itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail, di pusat penjumlahan kertas undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Untuk rekod, undi majoriti PKR pada PRK kali ini menurun berbanding 11,721 undi, yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum (PRU 13).

Kemenangan yang dilakarkan oleh PKR menyaksikan usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil kali ini gagal menerusi calonnya, Suhaimi Sabudin.
Sementara itu, dua lagi calon dari parti Bebas, Salleh Isahak dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman yang masing-masing memperoleh 367 undi dan 101 undi hilang wang deposit

Catat Ulasan

0 Ulasan