BN menang besar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11

BN menang besar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11


Memang aku jangkakan bahawa BN akan menang besar di Sarawak. Sabah dan Sarawak adalah kubu kuat BN dan banyak pelaburan telah dilaburkan di negeri tersebut.

Pembangunan mencanak naik dan jumlah pekerjaan melebihi dari yang diperlukan. Kehidupan masyarakat asli dan pendalaman cukup maju dibawah kepimpinan BN.

Inilah realiti apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak dan imbuhannya sudah tentu undian tak berbelah bagi untuk BN.

Tahniah buat BN.

BN menang besar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11
BN yang diterajui TEAM ADNAN melepasi sasaran untuk memenangi 70 kerusi yang disasarkan sebelum ini dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. - Gambar fail
KUCHING: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak selepas menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada Sabtu.

Ia sekaligus melakukan tsunami ke atas pembangkang yang melakukan kejutan dengan memenangi sebahagian besar kerusi bandar pada PRN 2011.

Kemenangan itu adalah mandat dan kepercayaan rakyat kepada Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tun Abdul Taib Mahmud dua tahun lalu.

BN yang diterajui TEAM ADNAN melepasi sasaran untuk memenangi 70 kerusi yang disasarkan sebelum ini dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.


Ia sekaligus menafikan hasrat pembangkang, khususnya DAP yang sebelum ini begitu yakin untuk merampas banyak kerusi di luar bandar yang dikuasai BN sebelum ini, di samping mengekalkan kerusi bandar yang dimenangi parti itu lima tahun lalu.

Secara keseluruhannya, pembangkang hanya memenangi 10 kerusi yang ditandingi, dengan DAP menang tujuh daripadanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertandng di 41 kerusi, hanya mampu mengekalkan tiga kerusi yang dimenanginya sebelum ini iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.

Empat lagi parti bertanding iaitu PAS, Parti Amanah Negara, Parti Reformasi Sarawak dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru gagal memenangi sebarang kerusi.

Manakala kesemua 35 calon bebas kalah.
Sejurus selepas kemenangan BN, Adenan terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Majlis berlangsung di Astana Negeri, di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, kira-kira 10.15 malam.

#SARAWAK2016

Catat Ulasan

0 Ulasan