Hanif Idrus Review Diari Farisha

Hanif Idrus Review Diari Farisha

hanifidrus
Salam satu blogger.
Hari ini nak review blogger Farisha yang beralamat http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/. Ekspresi pertama aku masa klik blog ini ialah loading time dia cukup laju. Aku kilk banyak kali blog ini. Memang betul, loading time cukup laju. Aku tak puas hati, aku check loading time di http://tools.pingdom.com/ menunjukkan  3second. tapi saiz file agak besar 2.4MB. Fail besar tapi laju macam keretapi..hehehehehe.
Ni yang buat aku jeles sangat ini sebab loading time aku pun dalam 8 second.

Manakala dalam laman utama terdapat 3 entri sekaligus. Amat bagus sekali.
Disini saya nak jelaskan, kadangkala apabila kita meletak terlalu banyak entri di laman utama  melebihi 3 entri, ia akan mempengaruhi loading page anda. Sebab tu di blogspot post, kalau anda perasan terdapat satu kolum bernama "line break", Fungsinya nanti akan lihat  dilaman utama setiap entri anda muncul sekerat ajer entri yang telah dibuat "line break" tersebut dan tertulis "baca lagi' atau "continue reading" atau "read more".
Kebaikannya ia akan menambah pageview blog anda setiap kali pembaca nak membaca keseluruhan entri, terpaksa ler klik "read more"
Kebaikannya lagi anda boleh letak seberapa banyak post kerana ia mengurangkan loading time anda.
Kebaikannya lagi pembaca dapat melihat banyak entri terbaru anda.
Untuk Farisha saya rasa sudah cukup memadai kerana dibawah setiap entri beliau terdapat random post LinkWithin.

Alexa Rank pula berjumlah 4,276,708, agak tinggi atas alasan yang akan saya katakan iaitu kurang updated. Cuma bulan September dan bulan ini saya nampak Farisha cukup maintain updated. Perubahan yang baik!! Saya jamin, Alexa Rank Farisha pasti akan menjadi lebih baik jika Farisha maintain updated blog. Alexa Rank memang berkait rapat dengan jumlah entri. Kalau tak percaya , cuma maintain update entri anda setiap hari, pasti Alexa menjadi lagi baik dan sebaliknya.

Farisha memaksimumkan pengunaan pagesnya dengan baik, setiap pages dengan tajuk Tutorial, Gadget, Dunia IT, Al-Kisah memberi maklumat tentang semua entri beliau.
Saya ingin memberikan idea penambah baikan iaitu apa kata letakkan sitemap.
Apa itu sitemap? Bahasa mudahnya ialah keseluruhan post-post anda di tunjukkan dan setiap post ditunjukkan berdasarkan label blog anda
Kenapa Penting? Memudahkan pengunjung anda membaca post-post anda yang lama dan secara tak langsung akan menarik dan memberi pilihan  kepada pembaca menjelajah blog anda.
Bagaimana nak buat senang ajer, gunakan. Klik sini dan copy benda ini ke pages anda.

Lagi satu di sebelah kanan , atas sekali tu ada CCTV..hehehehe. Ini bukan review yek. Cuma nak tanya apa fungsi CCTV tu......Dah lama nak tanya tapi rasa macam tak kena ajer. Ini ler masa yang sesuai.

Lagi satu side bar agak kosong. Apa kata letak pengomen tegar /commentar di side bar anda. Baru orang rajin nak komen..hehehehhee.
Kat website banyak widget untuk letakkan pengomen tegar tu..kalau rasa malas nak cari boleh ambil contoh kat blog saya.
Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat seseorang mengomen di blog anda.

Lagi satu awak ada senarai bloglist tak? Kadang2 blogger letakkan bloglist mereka di blog lain. Kalau tak der baik buat sekarang!!!
Buat satu blog khas untuk bloglist, supaya senang awak nak blogwalking.
Buat masa sekarang awak tak ada senarai nama URL nak buat bloglist, gunakan bloglist saya untuk blogwalking...
Dari bloglist juga awak boleh kenal mana blogger yang selalu aktif updated blog dan mereka merupakan pengomen tegar yang terbaik.
Kawan dengan mereka..
Di bloglist saya ramai yag aktif...jom terjah..

Rasa tak ade bende nak komen. Requirement review saya senang ajer.
Adakah semua entri terdahulu senang dicapai..?
Adakah terdapat widget-widget yang tak perlu letak diblog anda.?
Mana bloglist anda?
Adakah saiz dan tulisan entri anda sesuai dan mesra pengguna?
Adakah side bar anda dalam susunan yang baik.?
Aplikasi-aplikasi SEO asas untuk blog anda?
Dan jaminan awak dapat PR1..kekekekeke

Review Peserta Pertama, Kedua ,Ketiga,  Keempat.

Catat Ulasan

13 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
terbaekkk.........
teratai berkata…
Pengulasan yg begitu terperinci. Tentang cctv tu, agak2nya nak teropong hacker kot...hehehe
Unknown berkata…
setuju dengan alexa rank tu..
dulu saya sangat malas nak update blog n alexa rank memang tinggi sampai cecah berjuta..
sekarang dah rajin sikit, alexa pun turun slow2.. :)
Unknown berkata…
wah..
mantap review..
oh,
selalu pergi kilang sony tu ker,
depan kilang tu, ipg cikgu fiq..huhuhu :)
Shaiful Zaidi berkata…
ulasan yg cukup mantop..
Tanpa Nama berkata…
terperincinya ^^ boleh budu tambah pe yang takda di blog budu
Firdausy CiLiKku berkata…
jelesnyer dgn blog diari farisha tu
Unknown berkata…
details sguh reviewnya...cmni bru best...kkrangan bole dperbaiki..
vendoline berkata…
hebatnya dia.bila nak jd cm dia
OKje berkata…
tak sabar nk kena 'kaw-kaw' ngan bro ...he.....he...
Diari Si Froggie berkata…
tabik hormat dengan Hanif sebab dia review benda2 yang sangat bermanfaat.. like2..
Unknown berkata…
ulasan terbaek dari bro hanif !!!!
diari farisha berkata…
aduh...mmg farisha dh ketinggalan zaman ni...blh plak tlepas pandang review blog ni....maafkan saye..huhu....terima kasih banyak2 abg hanif! review yg sgt bgus dan farisha akan perbaiki kelemahan.. :)