Buah Bendi Untuk Rawatan Kencing Manis

Buah Bendi Untuk Rawatan Kencing Manis

hanifdrus

Salam Satu Blogger. Kali ini nak berkongsi tentang pengetahuan perawatan kencing manis. Tidak beberapa lama dahulu saya ada membuat entri berkenaan Perawatan Kencing Manis yang berlaku pada ibu mertua aku dengan nilai 26. Dan syukur alhamdulilah sekarang ini maintain dalam nilai 8-11.
Dalam entri itu juga aku berjaya membuat analisa mengubat luka teruk dikaki mak mentua  menggunakan ubatan tradisional cina iaitu serbuk berwarna putih atau panggilan popular MB. Ternyata berjaya!!

Dan tempoh hari semasa aku menemankan ibu aku pergi ke pasar Bukit Cina Melaka, beli sayur. Ada satu perempuan cina tu sedang berbual dengan tokey sayur ibu aku selalu beli sayur. Dari segi perbualan mereka nampak begitu kusyuk sekali.

Selepas perempuan cina tersebut beredar.
Mak aku bertanya " Tokey, apa yang lu bualkan"
Tokey tu jawab" Tu perempuan ajar sama gua ubat kencing manis"
Mak aku bertanya" Apa yang dia ajar"
Tokey tu jawab" Kalau lu mahu kurangkan kencing manis, dia kata guna buah bendi. Ambil 2 biji buah bendi potong besar-besar, lepas tu masukkan dalam cawan yang berisi air panas dan kemudian tutupkan cawan tu. Lepas suam-suam lu minum itu air"
Mak aku tanya lagi "Betul kah?"
Tokey tu jawab lagi "Itu perempuan yang gua cakap tadi itu master Tai Chi, cikgu. Dia kata lu minum air bendi tu dan kemudian lu check kencing manis lu , sure turun punya!!!"

Itulah perbualan yang berlaku antara mak aku dengan tokey sayur tersebut.
Satu maklumat yang baik untuk diamalkan. Dan kalau dicuba aku rasa tiada masalah kot.
Harganya dan mudahnya mencari buah  bendi tidak menyusahkan. Boleh dicuba!!
Sebenarnya aku belum cuba method ini pada mak mertua aku lagi sebab dengan penggunaan ubat yang ada sekarang aku lihat masih maintain dengan baiknya.

Selain itu kami juga pernah gunakan pucuk betik jantan yang dikatakan ampuh mengurangkan kencing manis. Dan ini telah dilakukan oleh mak mentua aku tapi gagal. Kencing manisnya masih tinggi lagi.
Apa yang aku percaya sesuatu ubat itu bergantung pada kekuatan tubuh, genetik dan darah seseorang pesakit tersebut.
Kita hanya berusaha dan berdoa agar disembuhkan secepat mungkin.
Apa pun kena kita percaya segalanya datang daripadaNya. Yang penting kita kena usaha.

Saya juga ada membuat entri berkenaan Masalah Kencing Manis yang dihadapi Oleh Mak Mentua saya dengan nilai 26. Di entri saya ada menerangkan ubatan yang digunakan dan berjaya kurangkan kencing manis mak mentua saya/
Serta bagaimana mengubat luka kencing manis yang bernanah !!
Sila Klik Ke Sini: http://hanifidrus.blogspot.com/2012/09/perawatan-pesakit-kencing-manis-yang.html.
KINI KENCING MANIS MAK MENTUA SAYA DARI 26 KE 6!!



Catat Ulasan

47 Ulasan

Nor Zilla Sensei berkata…
bendi mmg favourite sy,lg satu kawan nurse sy cakap bendi khasiat utk laki.hehe
wantie berkata…
nak tanya kat mana nak dapatkan MB tu. dulu kat sini ada org jual. kat kedai runcit pun ada gak. tapi sekarang dah tak de. ada gak yang tak tau MB tu pakebenda.


mertua saya pun kena kencing manis gak. sampai ibu jari kaki & 2 jari kakinya kena potong.
haryati berkata…
erm...yeke?
tq atas perkongsian ni...
THE AUTHOR berkata…
MB ini ialah serbuk putih yang kita tabur di kawasan luk. Masa kecil dulu selalu kit apakai..hehehe.
Nak beli boleh beli di kedai Sengsei Cina atau Kedai Ubat Cina.
Ada yang tak nak jual sebab susah nak dapat. Awak kena beritahu untuk mak awak luka kencing manis..
Unknown berkata…
tak cuba kita tak tahu kan...manalah tahu mujarab nanti...insyaAllah
LiNda berkata…
linda mmg suke dgn bendi pun, agknye dia punye lendir tu yg berkhasiat kot. eloklah diamalkn :)
Yana Sakura berkata…
nice info :) ermm..nnt bole la mkn bendi byk2.haha..
eh! nie ke abg Ik Hanif kat group Blogger Apakah?? hehe.. :)
Cikgu Ma berkata…
saya penggemar bendi....
OKje berkata…
Kalau makan masuk Asam pedas agak2 boleh tak Nep.... lagi sodap tu...
Tanpa Nama berkata…
tq share, makan bendi rebus waktu preggie pown bagus untuk mudah melahirkan hehhe
Salmi berkata…
Masa akak kecik2 dulu, MB tu dlm bentuk biji mcm panadol. Kalau luka, kikis MB tu & serbuk yg terhasil diletakkan atas luka. Tak tau pulak skrg ada dlm btk serbuk..
Unknown berkata…
satu perkongsian yang baik ni.. thanks..
boni kacak berkata…
wah...sangat2 berguna tu bro.. ramai yang tak tau khasiat bendi ni...
Blog Santai berkata…
Thanks for the tips nif..nanti boleh recommend kat seseorang anyway bendi ni best, makan just macam ulam...
THE AUTHOR berkata…
Betul amat berguna..penat mak aku tanya sama apek tu..hahahahhaa.

Buat masak asam..aduss..susah nak jawab soalan ni kak!!!
Unknown berkata…
ok...baru tau..thanks...tp cik siti tak suka makan bendi...heheh
Unknown berkata…
betul tu.... remy ada terbaca pasal bendi nie.....
Cikrosecute berkata…
cr memang suka bendi...kadang2 tue rebus buat ulam...
Mrs Velentine berkata…
baru tahu..tq for sharing
Unknown berkata…
owh buah bendi pun boleh guna utk rawatan kencing manis eyh? nice info..boleh suruh my dad try petua ni..nice sharing bro :)
QasehnyaRania berkata…
la ye ke..baru tahu..bagus tokei tu share kan ;D
Ina ZaLinA berkata…
blh balik suruh mak try walau kencing manisnya x tinggi sgt pun..
seribupilihan berkata…
kadang2 bergantung pd diri individu berkesan atau tak..klu makan ubat kena sentiasa compliance..klu tak,tak nampak kesan pemulihannya..ikut nasihat doktor..:-)

Nadia Johari berkata…
apa rasa agknyer erk..
Unknown berkata…
xpyh rebus just rendam jela kan, nak cuba lah, mak sy tnggi jgk kencing manis nya huhu~
Latifahzainal berkata…
sy nak try jugaklah..huhu..tahun nie sy disahkan diabetes seterusnya dr bg suntikan insulin.awlnya sy betul2 sedih & stress.tq sharing..
shah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Banyak khasiat bendi ni yea.
Unknown berkata…
Lepas ni nak tanam bendi di pasu pula. Senang nak dapat bila perlu.
haji hassan berkata…
selain tu, boleh kurangkan sakit lutut, cara makan ambik yg kecik , iaitu putiknya, makan tiap hari mentah-mentah.
zam berkata…
Memnag bagus amalan memakan ulaman nie. tapi kena konsisten. Kalau malas habis la..hehe
shahdiana berkata…
tq share info..nak try praktik kat mak akak...check up haritu kadar gula dalam darah dia tinggi betoi... :D
sebelum ni pun dah try amalkan vitamin yang dalam entry sebelum tu...alhamdulilah turun sikit...tq sangat share info ni ye... :D
setya berkata…
Tips yang bermanfaat. thansk bro
perubatankhalifah berkata…
sayangnya, bangsa melayu ni,penat meredah hospital mahal-mahal untuk mencari ubat merawat penyakit (yang semuanya hasil ciptaan orang barat), last-last, rawatannya cuma ada di tanah belakang rumah jer...
kita kena ingat, ubat di hospital,jika ianya menyembuhkan terus penyakit tersebut, maka mereka akan hilang sumber pendapatan, hilang 'sale-cycle' mereka, jadi diciptakan ubat yang mana kita akan perlukan seumur hidup kita, dikatakan mereka bahawa kencing manis ni takleh sembuh dan sebagainya.
saya, sebagai jururawat pelatih, dah lihat banyak kes yang sebegini.
untuk pengetahuan am, diabetes (tahap 2) terjadi apabila pankreas kita sudah mula kurang menghasilkan insulin yang mana ianya berfungsi mengawal kandungan gula dalam darah.
jika pankreas kita dipulihkan semula, maka masalah diabetes juga dapat diatasi.
itulah kaedah rawatan tradisional (rawatan kampung) yang selalunya berkesan.
kaedah rawatan barat pula, mereka beri suntikan insulin pada pesakit diabetes, untuk jangka masa panjang, ianya akan buatkan pankreas kita 'berehat' sebab tak perlu menghasilkan insulin lagi, lalu, kita akan terikat dengan insulin buatan ini.
ada ramuannya, ada kaedah rawatannya.
#blogspot:rawatankanser2013
ida berkata…
Senang2.. first time dengar ni.. rasa ok tak? benda suka, tap i bend entahlahh..rasa apa..

Saya amalkan supplemen ja sebab family history ada kencing manis. Mak saya pun ada n alhamdulillah masih terkawal. Saya ada share juga supplemen yang boleh diambil utk kawal gula ni.
Tanpa Nama berkata…
Info yang sangat berguna.
Penawar Kencing Manis
Atasha berkata…
Terima kasih atas artikel yang menarik ini.ubat kencing manis mampu merawat kencing manis.
Aizah berkata…
Waa menarik tips ni, 1st time tau bendi khasiat dia untuk kencing manis.. TQ 4 sharing
Syuhada Stevia berkata…
Assalamualaikum, salam sihat :)

Terbaiklah tips ni! Saya mohon share ye, nanti saya kreditkan ke blog ni ;)

Btw,

Tumpang tanya, ada kenal sesiapa yang ada SAKIT KENCING MANIS tapi suka minuman dan makanan manis?

InsyaAllah, saya ada cara bantu mereka UTK MENIKMATI MINUMAN & MAKANAN MANIS
sambil
MENURUNKAN BACAAN GULA DLM DARAH. Lagi Manis Lagi Menyihatkan, InsyaAllah.

-->Nak tau lebih lanjut, whatsapp saya di 018-6669390 (Syuhada Stevia)

-->Nak tengok testimoni? Jom follow saya di Instagram @syuhada.mh dan @stevia.0.kalori
jida berkata…
good inf0...tiada kesedaran dalam mengamalkan makanan sihat menyebabkan penyakit ini meningkat.
shukri muhammad berkata…
Biasanya penyakit diabetes berpunca dari kegagalan pankrease hasilkan insulin yang cukup, jadi gula dalam badan tidak dapat ditukarkan menjdi tenaga, gula tu akan terkumpul dalam badan dan menyebabkan masalah kesihatan lain. Terdapat beberapa ubat semulajadi untuk merawat masalah diabetes. Satu ubat tu mungkin berkesan pada orang ini dan mungkin tidak berkesan pada orang lain. Penerimaan badan kita terhadap ubat adalah berbeza. Salah satu penawar semulajadi untuk rawat diabetes adalah pokok herba belalai gajah. Ia boleh membantu pankrease hasilkan insulin secara semulajadi, seterusnya memabantu menurunkan paras gula dalam badan. Maklumat lanjut di www.klinaxorganik.com
Salam. Selain herba dan pemakanan, kita juga digalakkan bersenam secara kerap untuk maintainkan gula dalam darah.

Oh ya, selain tu, herba peria katak juga sangat terbukti berkesan untuk ubati kencing manis.

Pesanan akhir, kepada mereka yang ada kencing manis, carilah ikhtiar untuk merawatnya... Ambillah masa sedikit, kerana pankreas anda sudah bekerja selama puluhan tahun, rawatlah ia walaupun mengambil masa yang lama.
penawargout berkata…
artikel yg menarik..semoga mendapat keberkatan
Shahrul Fahmi berkata…
Sekarang ni ada mcm2 ubat dan penawar utk kencing manis. Yang penting, kena pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bukan ubat tiruan made in China..hehehe

Saya rekomen guna buah Tunjuk Langit.
Antara herba lain yang sangat bagus untuk menurunkan gula dalam darah adalah Peria Katak atau dalam bahasa saintifiknya "momordica charantia".

Kat barat ramai da buat kajian dan sangat kagum dengan keajaiban peria katak ni. :)
Klinax Organik berkata…
secara amnya, sayur hijau bersifat pahit dan ia boleh bantu menjaga kesihatan pankreas supaya organ tersebut boleh hasilkan insulin secukupnya