Dalam entri itu juga aku berjaya membuat analisa mengubat luka teruk dikaki mak mentua menggunakan ubatan tradisional cina iaitu serbuk berwarna putih atau panggilan popular MB. Ternyata berjaya!!
Dan tempoh hari semasa aku menemankan ibu aku pergi ke pasar Bukit Cina Melaka, beli sayur. Ada satu perempuan cina tu sedang berbual dengan tokey sayur ibu aku selalu beli sayur. Dari segi perbualan mereka nampak begitu kusyuk sekali.
Selepas perempuan cina tersebut beredar.
Mak aku bertanya " Tokey, apa yang lu bualkan"
Tokey tu jawab" Tu perempuan ajar sama gua ubat kencing manis"
Mak aku bertanya" Apa yang dia ajar"
Tokey tu jawab" Kalau lu mahu kurangkan kencing manis, dia kata guna buah bendi. Ambil 2 biji buah bendi potong besar-besar, lepas tu masukkan dalam cawan yang berisi air panas dan kemudian tutupkan cawan tu. Lepas suam-suam lu minum itu air"
Mak aku tanya lagi "Betul kah?"
Tokey tu jawab lagi "Itu perempuan yang gua cakap tadi itu master Tai Chi, cikgu. Dia kata lu minum air bendi tu dan kemudian lu check kencing manis lu , sure turun punya!!!"
Itulah perbualan yang berlaku antara mak aku dengan tokey sayur tersebut.
Satu maklumat yang baik untuk diamalkan. Dan kalau dicuba aku rasa tiada masalah kot.
Harganya dan mudahnya mencari buah bendi tidak menyusahkan. Boleh dicuba!!
Sebenarnya aku belum cuba method ini pada mak mertua aku lagi sebab dengan penggunaan ubat yang ada sekarang aku lihat masih maintain dengan baiknya.
Selain itu kami juga pernah gunakan pucuk betik jantan yang dikatakan ampuh mengurangkan kencing manis. Dan ini telah dilakukan oleh mak mentua aku tapi gagal. Kencing manisnya masih tinggi lagi.
Apa yang aku percaya sesuatu ubat itu bergantung pada kekuatan tubuh, genetik dan darah seseorang pesakit tersebut.
Kita hanya berusaha dan berdoa agar disembuhkan secepat mungkin.
Apa pun kena kita percaya segalanya datang daripadaNya. Yang penting kita kena usaha.
Saya juga ada membuat entri berkenaan Masalah Kencing Manis yang dihadapi Oleh Mak Mentua saya dengan nilai 26. Di entri saya ada menerangkan ubatan yang digunakan dan berjaya kurangkan kencing manis mak mentua saya/
Serta bagaimana mengubat luka kencing manis yang bernanah !!
Sila Klik Ke Sini: http://hanifidrus.blogspot.com/2012/09/perawatan-pesakit-kencing-manis-yang.html.
KINI KENCING MANIS MAK MENTUA SAYA DARI 26 KE 6!!
47 Ulasan
mertua saya pun kena kencing manis gak. sampai ibu jari kaki & 2 jari kakinya kena potong.
tq atas perkongsian ni...
Nak beli boleh beli di kedai Sengsei Cina atau Kedai Ubat Cina.
Ada yang tak nak jual sebab susah nak dapat. Awak kena beritahu untuk mak awak luka kencing manis..
eh! nie ke abg Ik Hanif kat group Blogger Apakah?? hehe.. :)
Buat masak asam..aduss..susah nak jawab soalan ni kak!!!
sebelum ni pun dah try amalkan vitamin yang dalam entry sebelum tu...alhamdulilah turun sikit...tq sangat share info ni ye... :D
kita kena ingat, ubat di hospital,jika ianya menyembuhkan terus penyakit tersebut, maka mereka akan hilang sumber pendapatan, hilang 'sale-cycle' mereka, jadi diciptakan ubat yang mana kita akan perlukan seumur hidup kita, dikatakan mereka bahawa kencing manis ni takleh sembuh dan sebagainya.
saya, sebagai jururawat pelatih, dah lihat banyak kes yang sebegini.
untuk pengetahuan am, diabetes (tahap 2) terjadi apabila pankreas kita sudah mula kurang menghasilkan insulin yang mana ianya berfungsi mengawal kandungan gula dalam darah.
jika pankreas kita dipulihkan semula, maka masalah diabetes juga dapat diatasi.
itulah kaedah rawatan tradisional (rawatan kampung) yang selalunya berkesan.
kaedah rawatan barat pula, mereka beri suntikan insulin pada pesakit diabetes, untuk jangka masa panjang, ianya akan buatkan pankreas kita 'berehat' sebab tak perlu menghasilkan insulin lagi, lalu, kita akan terikat dengan insulin buatan ini.
ada ramuannya, ada kaedah rawatannya.
#blogspot:rawatankanser2013
Saya amalkan supplemen ja sebab family history ada kencing manis. Mak saya pun ada n alhamdulillah masih terkawal. Saya ada share juga supplemen yang boleh diambil utk kawal gula ni.
Penawar Kencing Manis
Terbaiklah tips ni! Saya mohon share ye, nanti saya kreditkan ke blog ni ;)
Btw,
Tumpang tanya, ada kenal sesiapa yang ada SAKIT KENCING MANIS tapi suka minuman dan makanan manis?
InsyaAllah, saya ada cara bantu mereka UTK MENIKMATI MINUMAN & MAKANAN MANIS
sambil
MENURUNKAN BACAAN GULA DLM DARAH. Lagi Manis Lagi Menyihatkan, InsyaAllah.
-->Nak tau lebih lanjut, whatsapp saya di 018-6669390 (Syuhada Stevia)
-->Nak tengok testimoni? Jom follow saya di Instagram @syuhada.mh dan @stevia.0.kalori
Oh ya, selain tu, herba peria katak juga sangat terbukti berkesan untuk ubati kencing manis.
Pesanan akhir, kepada mereka yang ada kencing manis, carilah ikhtiar untuk merawatnya... Ambillah masa sedikit, kerana pankreas anda sudah bekerja selama puluhan tahun, rawatlah ia walaupun mengambil masa yang lama.
Saya rekomen guna buah Tunjuk Langit.
Kat barat ramai da buat kajian dan sangat kagum dengan keajaiban peria katak ni. :)