Bagaimana Menjadi Blogger Serius?

Bagaimana Menjadi Blogger Serius?

Bosan Dengan Pagerank Dan Alexa
Apabila kita berbicara tentang dunia online ini salah satu perkara yang sering menjadi tumpuan atau guideline prestasi atau KI sesebuah blog ialah Pagerank dan Alexa. Bertahun-tahun aku abadikan diri ini kepada dus perkara ini.

Dan kadangkala dah naik malas nak berfikir tentang isu ini.  Tetapi mahu tak mahu kita sebagai blogger terpaksa harungi dan belajar tentang Pagerank dan Alexa. Dan antara 2 perkara ini yang terdahulu dan menjadi impian ialah pagerank.

Loading time, bounce rate, niche, alternate image, heading tag, keyword, meta description,  dan terkini keperluan  blog responsive adalah isi-isi penting dalam menjana kekuatan pagerank sesebuah blog tersebut. Manakala penurunan Alexa( kalau turun baikk) pula menunjukkan kekuatan trafik dan entri yang konsten di blog anda.

Membuat sebuah blog dari segi zahir memang nampak senang tetapi  jika nak ikutkan keperluan Alexa dan Pagerank ini ialah:

a) Pastikan blog anda mesra SEO dan responsive .
Maksudnya sebelum anda menulis artikel anda harus pastikan templates blog anda mengandungi meta dan keyword serta niche yang anda mahukan. 

Selain itu pastikan tidak terlalu banyak widget yang melampau  hingga memberatkan loading time dan sekaligus kehilangan pag juice disebabkan terlalu banyak external link.

Anda kena pastikan blog anda apabila dibuat melalui aplikasi android adalah laju dan mesra android, itulah kita namakan blog responsive.

Selain itu rekabentuk blog juga haruslah sedap mata memandang. Kalau ikut standard background warna putih adalah paling relevan kerana tak sakit mata dan tampak profesional.

Kalau ada iklan pula haruslah letak di zon-zon yang betul atau hotspot yang betul agar pembaca tak terganggu dengan iklan anda.

b) Belajar Teknik Membuat Artikel
Apabila templates blog anda telah tersusun rapi dan mengikut kehendak SEO. Sudah tiba masanya untuk menulis artikel kegemaran anda.

Apabila anda menulis perkara utama ialah tajuk atau keyword mestilah senang di cari dalam enjin carian secara khususnya Google.

Anda juga mesti aplikasikan penggunaan heading tag dalam penulisan anda untuk menunjukkan kepentingan perkataan tersebut agar robot mudah crawler ke artikel anda.

Pastikan juga artikel anda bersesuaian dengan niche anda tetapi dalam hal untuk aku jika blog anda bersifat personal blog ..bantai ajer appa anda nak tulis..hahahahaha.

Jangan lupa juga penggunaan bold terhadap sesuatu perkataan yang kena mengena dengan keyword atau tajuk artikel anda.

Apabila anda masukkan gambar pastikan saiz gambar jangan terlalau besar, paling cantik bawah 10kb dan pastikan gambar tersebut di tag dengan alternative tag dan tajuk gambar mesti sama dengan tajuk artikel.

Dan apabila anda masukkan external link anda kena pastikan ia di tanda dengan rel=”nofollow” Supaya tak kehilangan pagejuice.
Pastikan link tersebut valid , kalau tak anda menghadapi masalah broken link pula…huhuhuhuhuhu.

c) Mencari Trafik
Setelah selesai menulis artikel anda kena pula mencari trafik. Takkan trafik datang macam tu ajer terutama buat blogger baru.

Punyalah banyak kerja nak buat. Anda kena ping di Facebook sekurang-kurangnya melebihi 20 page. Belum lagi di Google + page  dan belum lagi dikira laman web ping serta beberapa rangkaian laman web yang menawarkan ping ke enjin carian.

Ini semua memakan masa hanya untuk sebuah artikel, kalau anda buat 3 artikel maka 3 kali ganda kena layan ping artikel anda.

c) Blogwalking
Tadi hanya baru ping artikel sahaja belum lagi mencari rakan-rakan untuk komen di blog anda. Mahu tak mahu terpaksa buat aktiviti blogwalking di blog rakan-rakan blogger. 

Komen di artikel mereka dan balasannya anda mendapat komen dari mereka dan paling penting anda dapat menjalin network antara blogger.

Aktiviti sebegini paling kurang pun ambil masa 1 jam, kalau 1 jam dapatlah dalam 15-20 blog itu pun kalau internet line laju..hahahahaha. 

Kesimpulannya untuk menjadi blogger yang serius anda haruslah abadikan diri kepada 2 pengukur utama ini iaitu pagerank dan Alexa. Berusaha dapatkan setinggi-tinggi pagerank dan mendapatkan serendah-rendahnya Alexa Rank.

Catat Ulasan

2 Ulasan

aeinnamusa berkata…
tenkiu tuan..saya blogger baru ilmu ni sangat berguna.jemput singgah ke blog saya ye..tq in advanced!
wani berkata…
tq tuan share tips